Saturday, July 28, 2012

86. Review : Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace


Siapa minat Star Wars kat sini? Hehe. Dalam dua bulan lepas aku berpeluang tengok Star Wars Episode 1 dalam 3D. Kat mana? Masa GSC bagi tiket free untuk promosi pembukaan outlet baru kat Paradigm Mall, Kelana Jaya.





Kepada sesiapa tak tahu, untuk filem Star Wars ada 6 episod dalam bentuk filem live action. Mula-mula keluar dengan episod 4, 5 dan 6. Kemudian barulah episod 1 yang aku tengok, 2 dan 3. Daripada aku baca review kat lain-lain, ramai peminat-peminat Star Wars yang kecewa gila dengan episod 1, 2 dan 3.



Pada aku, sebagai seorang yang suka tengok Star Wars selepas habis SPM masa tahun 2005, yang mana sangat boring dan tengok ada DVD Star Wars kat rumah lalu tengok kesemua episod mengatakan kenapa aku tak tengok masa filem ini keluar?!

So, masa filem keluar dalam bentuk 3D, aku excited nak tengok walaupun aku tak berapa suka filem dalam bentuk 3D tapi malangnya aku sangat-sangat terlampau busy masa tu. Aku tak sempat tengok. Agak kecewa gak la masa tu. Sebab tu bila GSC bagi tiket free, aku ajak Madam Bee untuk tengok sekali. Aku paksa dia tengok apa yang aku minat. Haha. Saja nak test tengok dia boleh layan tak filem-filem gini.

Cerita Star Wars Episode 1 ni boleh dikatakan permulaan kepada Star Wars Saga. Okay, memang la dah nama pun episode 1 kan. Aku ngarut kat sini.

Episode 1 menceritakan seorang Master Jedi yang terjumpa seorang budak hamba yang dikatakan akan membawa kestabilan kepada Force. So adalah kisah-kisah lain yang mana last sekali budak tu menjadi Padawan kepada Master Jedi yang baru naik pangkat daripada Padawan kepada Master Jedi yang jumpa budak tu tetapi dah mati. Haha, aku mengarut lagi. Kesian kat korang.

Saja taknak spoiler alert pada yang tak pernah terasa nak tengok langsung cerita ini. Padan muka korang.



Pada aku, overall cerita ini just okay. Cuma aku confirm akan tertidur masa part Anakin Skywalker tengah berlumba. Bapak bosan la babak tu. Aku tengok kat rumah tertidur, tengok kat wayang pun aku tertidur. Dalam filem ni ada satu watak yang ramai yang tak suka iaitu Jar-jar Bink, mungkin sebab dia kalut kot tetapi yang pelik, Madam Bee suka.Selain daripada tu, okay la.

Sekarang aku sedang menunggu Episod 2 pula yang keluar di panggung dalam bentuk 3D. Peduli apa aku kalau ada yang kata aku slowpoke kali ini. Haha.

p/s : Masih menanti filem terbitan Malaysia yang boleh menyamai Star Wars Episode 4.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...