Saturday, July 28, 2012

88. Tips untuk orang nak start kerja


Wahh, aku nak bagi tips. Haha. Ok, ramai yang aku kenal yang dah tamat belajar baik dari SPM, STPM, diploma, ijazah ataupun yang lebih tinggi daripada itu. Pada aku yang sudah bekerja sejak tahun 2009, lebih baik korang ikut tips yang aku nak bagi.

Masa interview, elakkan daripada menipu. Tahu kata tahu, tak tahu kata tak tahu. Memang betul korang boleh me'up'kan diri anda setinggi mana pun tetapi ingat pastikan korang boleh buat apa yang korang up kan tu. Kalau boleh penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu sebelum korang meng'up'kan diri. Habis kuat pun kalau menipu, lepas interview tu cepat-cepatlah belajar apa yang korang tipu. Hehe.

Setelah diterima bekerja yang korang pergi interview, penuhkan ilmu di dada. Bukannya kata "nanti aku dah kerja, aku belajar lah". Itu semua bullshit. Memang akan ada yang akan ajar korang tapi kalau kena dengan orang yang salah, diorang akan kata korang tak boleh buat kerja. Itu sahaja. Dalam masa yang sama akan menjejaskan masa depan korang di syarikat ataupun bidang itu sendiri.

Semasa bekerja, letakkan sepenuh hati korang kat tempat kerja. Apa yang aku maksudkan ialah, kalau korang paksa-paksa diri untuk bekerja ataupun bekerja semata-semata sebab duit, ianya akan membuatkan korang bosan. Apabila bosan untuk bekerja korang akan merasa teramatlah rugi masa yang korang habiskan untuk bekerja. Bila korang rasa masa korang banyak dihabiskan begitu sahaja, korang akan terasa yang korang akan cepat tua. Bila korang rasa korang cepat tua, korang akan mati cepat. Boleh gitu? Haha.

Cukuplah dulu tiga tips yang aku bagi kat atas, nanti-nanti kalau tiba-tiba aku rajin, aku tulis la lagi tips untuk korang. Haha.

p/s : Tips ini pun untuk diri sendiri gak.

7 comments:

  1. wahhh bagos2, aku leh pakai untuk interview pasni.. bagi tips lain lak geng..next entry

    ReplyDelete
  2. setuju2..kite kena enjoy buat keje.. baru syok!

    ReplyDelete
  3. suraya nanti kalau rajin aku bagi lagi.haha

    maisarah betul2...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...