Sunday, July 22, 2012

84. Resepi masakan aku


Sambungan dari entry 83 tadi.

Memandangkan aku makan masakan aku tadi rasa sedap je ikut tekak aku, aku nak share la dengan korang kan. Haha.


Amacam? Menarik kan? Kalau nak try, boleh try resepi seperti ini.

Untuk Ayam masak Merah tu, bahan-bahan dia mestilah ada ayam dipotong ikut suka, cili boh, garam, kicap, sos tiram, pati ayam, bawang, asam jawa. Cara-caranya, panaskan minyak, letak cili boh, letak bawang, letak air sikit, pastu ayam, pastu sos tiram, pati ayam, air asam jawa sikit, garam dan last kicap. Letak semua ikut giliran ikut naluri masing-masing. Haha. Panaskan dan biarkan sampai ayam tu masak jela.

Untuk pegedil sambal daging pula, bahan-bahan dia kena ada kentang, sambal daging( serunding bagi sesetengah tempat), bawang sikit dan telur. Cara-cara dia, rebus kentang sampai lembik, penyet-penyetkan kentang, pastu letak sambal daging dan bawang. Bentukkan ikut suka, celup dengan telur dan goreng sampai rasa sedap.

Nyum- nyum, sedapnya. Hehe. Kuih pulak, cara-cara dia korang pergi bazar lepas tu beli.

Sekian daripada aku resepi tak seberapa ini. Selamat mencuba.

p/s : Kenapa ada yang ikut buku resepi sedangkan ada kat internet? Haha.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...