Sunday, July 22, 2012

81. Prequel to entry no 79.


Hari khamis hari tu, aku cuti. Kononnya nak tolong Madam Bee hantar motor kat Pos Laju. Lepas tu ingat nak tengok wayang. Jam 12.30 tengahari bertolak dari rumah ke Glenmarie, Shah Alam. Ingat nak pergi pagi tapi hujan, tu sangkut sampai ke tengahari tu.

Sampai kat Glenmarie, pusing-pusing tak jumpa. Dah tutup kot. Aku teringat kat Subang pun ada satu. Aku pergi sana. Bila sampai, tengok tempat serahan je. Hampeh. So tanyala kat brother pos tu,  dia kata sekarang kat Seksyen 21 sahaja. Dalam hati aku, kalau hantar motor takut tak sempat beli tiket THE DARK KNIGHT RISES.

Aku kata ke Madam Bee, aku hantar dengan kawan aku jela. Hehe, semangat nak tengok filem last Batman yang ni. Dia setuju. So, kitorang pergi ke Summit USJ, sebab situ paling dekat masa tu. Situ ada panggung GSC. Antara yang ok pada aku.

Sampai kat GSC Summit USJ.

Tukang Jual Tiket (TJT) :  Hai, selamat pagi, nak tengok cerita apa?
Aku : The Dark Knight Rises.
TKT : Pukul berapa encik?
Aku : Yang paling awal ye.
TKT : Biasa atau 2D?
Aku : Berapa beza harga dua tu?

Beza 2D dengan biasa adalah tak silap aku, 2D ni ibarat High Definition punya la.

TKT: 2D punya RM8. Yang biasa RM10.
Aku : 2D.

Dalam hati aku, apahal 2D lagi murah? Haha. So, tiket kitorang jam 3.05 petang. Untunk habiskan masa, kitorang buat la apa-apa yang patut dulu.

JAM 3.05 petang. Kitorang masuk dalam hall 2. Korang tau apa aku nampak? Ibu dan bapa bersama baby kecik. Orang tua. Dan yang paling aku terkejut tengok ialah

Kartunis daripada Majalah APO? terbitan MOY publication. Haha, walaupun lama tak layan tapi aku kenal muka-muka diorang. Dalam hati terasa nak minta tandatangan je kat diorang, nasib baik Madam Bee halang. Haha.

Tapi yang tak best, diorang pun macam manusia lain, buat bising sikit-sikit dalam panggung, tinggikan kepala tak pikir orang belakang. Nasib baik baby family lain senyap masa tu. Kalau tak aku marah. Marah ke?haha.

Itu je nak cerita sebenarnya. Haha.

p/s: Ingat nak pergi terawih la esok. Ok, dua hari tak pergi.Hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...