Friday, July 20, 2012

79. Nangis.Hihi


Hehe, Apehal lak nangis-nangis ni? Aku nak cerita ni. Setakat hari ini, ketika aku tengah tulis ni la, aku pernah nangis 3 kali yang betul-betul nangis sebab diri sendiri nangis keluar air mata di mata. Haha. Jadahnya aku merepek ni. Maksud aku, bukan sebab cerita, novel ataupun lain-lain.

Alamak, malu la lelaki nangis. Mungkin itu ada yang sesetengah akan kata, tetapi peduli apa aku dengan kata-kata itu. Hehe. Bila yang 3 kali itu?

First, masa 2005. Aku nak habis belajar kat sekolah. Before ambil SPM la. Aku ada berselisih faham dengan seorang rakan. Rakan ni, aku baik sejak sekolah rendah lagi. Mak dia kenal aku. Mama aku kenal dia. Baik sebab sekolah agama sama-sama. Siap pernah tengok cerita TARZAN masa kecik kat rumah sampai maghrib. Mak dia siap perli lagi. Haha. Lepas berselisih-faham tu, agak lama aku tak bertegur sapa dengan dia walaupun dia satu kelas dengan aku.

So, masa majlis kali terakhir tu, ada seorang kawan yang mengatakan dia nak berbaik-berbaik dengan aku balik. Masa tu la aku nangis. Haha. Malu dowh. Nasib dia nangis gak. Hehe.

Untuk kali kedua pula, aku nangis masa hari terakhir aku berada di Kuantan. Tahun 2009, habis diploma kat politeknik. Aku baik dengan seorang kawan. Kenal tak sampai 6bulan. Masa last sem, dia masuk rumah sewa aku masa tu. So, boleh kata kawan baik la walaupun kenal kejap je. Masa last day, aku hantar dia kat terminal dan dia ada berkata sesuatu. Ayat dia aku ingat lagi sampai sekarang. Yang ni, Madam Bee sorang je yang tahu sebelum ni. Hehe.

Dan untuk kali ketiga ialah pada tarikh 19 July 2012. Ye, semalam. Aku baru lepas hantar Madam Bee di Terminal Bas Shah Alam. Dah tamat tempoh pengajian dia selama 2 tahun setengah di sini. Lepas ni takdela orang aku boleh marah-marah, takdela orang aku boleh sakat-sakat, takdela orang aku boleh teman makan, takdela orang aku boleh buat muka. Dah takde yang boleh layan aku macam dia layan aku selama dia ada kat Shah Alam. Dia dah balik kuantan.

SEDIH.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang pernah mewarnai hidup aku selama ini, lebih-lebih lagi yang masih mewarnai diri aku sehingga kini baik yang aku kenal dari 14 October 1988 sehingga kini.

Terima kasih. You guys sangat awesome.


7 comments:

  1. owhh dalam hati ade taman sikit2.. bagus lah..

    ReplyDelete
  2. nangis bagus untuk preserve feeling. nakhorom apa maksud preserve tu. haha

    ReplyDelete
  3. taman astakona hati kau..hehhee.. sweet seyhhh ahaha

    ReplyDelete
  4. ikhwan aku buat2 paham cukup r.haha

    su sweet r sangat.haha

    ReplyDelete
  5. no. 79 mana?...

    http://amaturdesign.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...