Monday, July 16, 2012

78. Untunglah dapat hadiah.


Beberapa minggu lepas, my auntie n her family went to vacation at korea. Ok, haram betul nak tulis english ni. Payah.

Minggu lepas, che'yah dan family dia bercuti kat korea. Seronok kan dapat bercuti kat korea ni. So, petang tadi lepas diorang dah balik, aku pergi la melawat. Konon melawat, padahal che'yah ajak makan. Hehe.

Tanya-tanyalah cerita bercuti kat korea bagai apa semua. Katanya air botol mineral kat sana botol kecik daripada yang ada kat Malaysia mahal, lebih kurang tiga kali ganda. Pastu dia ceritalah yang Korea ni jauh lebih moden daripada Malaysia. Perangai diorang pun lebih bagus. Sebab dia kata gitu?

Nak jadi kisah, kan kat tren kadang-kadang ada seat yang diutamakan kepada orang tua, perempuan dan sebagainya. Kalau kat Malaysia, kita orang biasa akan duduk je kalau takde orang kan? Adik saudara aku, Nabil pun gitu la duduk jela sebab takde orang langsung. Pastu ada orang tegur kata itu tempat tak boleh duduk. Korang tengok, walaupun tren tu kosong dorang tetap tidak bagi duduk. Bagus kan?

Pastu, kan aku ada kata tadi yang barang kat sana lebih kurang tiga kali ganda kan? So, Che'yah takdelah beli banyak souvenior untuk sedara mara dia. Cuma, nak bagitahu ni. Aku dapat weh! Haha. Apa yang aku dapat?

skulluv
Tshirt I Love Korea okey. Wank, sila jeles. Haha. Terima kasih Che'yah.

p/s : Ringan-ringankan la tangan anda untuk tolong orang.

5 comments:

  1. su suraya. memang untung pun.haha

    Muhammad Ikhwan. sila jeles.haha

    ReplyDelete
  2. laa, cuba la tulis dalam english. practice make perfect.=)

    ReplyDelete
  3. kat atas tu kira dah cuba la tu.haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...