Friday, July 13, 2012

77. Hari Jumaat yang akan diingati.

Jam 1 petang. Hari jumaat. Seperti kebiasaan bagi manusia berjantinakan lelaki akan berpusu-pusu ke arah masjid. Tidak padaku, aku akan singgah ke sebuah restoran terlebih dahulu untuk menikmati nasi campur. Bukan apa. Malas berebut-rebut di masjid kelak.

Aku ambil nasi putih, telur masin dan hati. Kesemuanya dikenakan RM3.30 bersama-sama air kosong. Aku mengambil masa lebih kurang 15minit untuk menghabiskan kesemuanya. Laju ke? Kalau makan sorang-sorang memang laju sikit. Sorang jela kita, kawan balik kampung.

Setelah perut kenyang, barulah aku akan ke masjid. Sampai di masjid, terus ke arah pengambilan wudhuk. Nama pun nak sembahyang jumaat, kenalah ambil wudhuk kan. Tidak sampai 10 minit wudhuk diambil, aku duduk sambil mendengar azan kedua. Selepas itu, khutbah disampaikan. Masa ini memang ramai yang akan mengangguk-angguk tanda paham apa yang disampaikan oleh khatib.

Waktu ketika itu jam 2 petang. Selepas beberapa minit, imam memberi salam sambil diikuti makmum dibelakangnya termasuklah aku. Aku menunggu imam membaca doa sehingga habis. Kemudian menunggu manusia sekalian masjid keluar. Aku tak suka berebut-rebut keluar. Gamaknya seperti semua itu mahu berak sakit perut.

Aku tengok keadaan dah hampir reda sikit. Aku keluar. Turun dari tangga masjid, mencari-cari selipar hitam berbelang kuning sikit. Aku rasa aku dah letak kat tempat yang senang cari. Tengok punya tengok. Ok, selipar aku tiada. Hilang. Masa tu memang best.

Dalam hati, nak ambil selipar orang lain je. Tapi tak sampai hati. Lepas tengok takde orang dah, jalan ke arah motor dengan berkaki ayam. Start enjin, buat muka selamba terus balik office.

Damn.

p/s : Kalau betul-betul tersilap, takpelah.

9 comments:

  1. ala kesiannya..haha.. jangan amik selipar org lain sudah la

    ReplyDelete
  2. sikit je lagi nak ambil selipar orang.haha

    ReplyDelete
  3. weyhhh kau halalkan je le.. orang tersalah sarung tu.. takpe kau pikir positif, btw tak elok sangat makan hati..hahaha lari topik sat

    ReplyDelete
  4. tengok2 r nanti.kalau aku terhalalkan ke.haha..

    ReplyDelete
  5. keputusan yang baik sebab tak amek selipar orang lain...insyaAllah tuhan akan bagi rezeki lain untuk kamo..lepas nie pergi masjid pakai selipar yang belang nyamuk ok confirm ornag tak amek sebab takot kene gigit ;p

    ReplyDelete
  6. ni mesti kes tak sedekah sket kat tabung masjid. tu pasai la hilang. muahaha

    ReplyDelete
  7. Sharinginfoz. lebih kurang gitula..

    spekiebesaq. bab tu takleh komen lebih, takut tangan kiri tahu.haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...