Friday, July 13, 2012

75. Meeting with exco ke Bangkok


Haha, meeting dengan exco la sangat kan. Aku meeting dengan Wank n spekiebesaq je. Konon-konon untuk bincang nak pergi ke Bangkok tapi lebih ngarut mana hala pun tak tahu la. Yang best, aku bincang pasal hala tuju untuk blog SePena Raya.

Kenapa aku kata hala tuju? Motif penubuhan blog tu lebih kepada usaha aku untuk mengumpul kawan-kawan melibatkan diri dalam bidang penulisan baik dari segi cerita pendek, novel, sajak ataupun apa-apa berkaitan dengannya.

Walaupun dah tiga bulan sejak penubuhan blog itu.sambutannya agak slow berbanding beberapa blog yang serupa dengannya. Mungkin dari segi promosinya kurang. Karya dalam blog itu juga tidak terlalu kerap keluar yang baru walaupun mempunyai ramai penulis-penulis muda.

Aku dan Wank yang digalakan pula oleh spekiebesaq telah bersetuju untuk mengumpul beberapa karya lagi dan mengeluarkan buku Sepena Raya yang pertama sebelum perjalanan kami ke Bangkok. Diharap proses itu berjalan dengan lancar.

Harap mana-mana penulis terlibat dapat melibatkan diri dengan lebih jaya pada masa depan. Ada satu teman minta aku daftar pada SSM dan ambil lesen sebelum buat semua itu. Ada satu teman minta jual dulu untuk test market.

Both idea ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Untuk nampak lebih serius better cara first tapi modal pulak tak ramai bak kata Wank. Untuk cara second, boleh test market dan dalam masa yang sama boleh kumpul modal tapi sampai bila? Kadang-kadang orang lebih suka kalau ada COP yang meyakinkan. Lebih-lebih lagi kalau cop HALAL dari JAKIM. Haha. Ok.Mengarut.

By the way, Wank and spekiebesaq. Aku rasa SePena Raya dah cukup. No need to tambah-tambah kat belakang apa-apa. Hehe.

p/s : Senang tak nak minta modal dari sesiapa? Hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...