Sunday, July 8, 2012

71. Review : 8 Jam (Spoiler Alert)


Aku minat tengok wayang. Serius. Aku lebih sanggup tengok wayang sendirian daripada duduk rumah sendirian walaupun kat rumah ada pelbagai hiburan. Aku akan cuba memberi pandangan tentang filem yang aku sudah tengok. Melalui mata seorang penonton filem biasa yang tiada ilmu seni kecuali mengambil kelas seni semasa sekolah dahulu.

8 Jam? Arahan Ahmad Idham. Teraju utama oleh Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Dulu aku pernah kata kepada diri aku dan kenalan aku yang aku takkan tengok cerita arahan Ahmad Idham lagi. Jujur. Dia pernah kehilangan arah sebentar. Suatu masa dahulu cerita dia sangat berkualiti. Sehinggalah dia mengeluarkan filem hanyalah kerana untung semata-mata. Aku tak pernah salahkan dia kerana mana-mana orang meniaga mestilah mementingkan keuntungan.

Lupakan perkara itu. Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Sepanjang filem pemuda tersebut mengingati kembali kehidupannya sejak kecil sehingga kenapa dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati itu.

Mula-mula aku ingat cerita tentang gangster tapi aku silap. Lebih kepada kisah cinta yang tidak mendapat happy ending. Jujur, aku suka cerita ini. Tidak seperti cerita Ahmad Idham yang lain. Aksi? Mantap. Skrip? Mantap. Jalan cerita pun mantap. Lakonan pelakon pun mantap. Untuk kesilapan-kesilapan kecil yang boleh dimaafkan tu mestilah ada. Cuma watak Shaheizy Sam dan Yana Samsudin masa sekolah menengah jela aku terasa sangat pelik. Mungkin sebab diorang dah terlalu dewasa kot.

Ending filem ni agak menyedihkan walaupun aku tengok tiada yang nangis. Mungkin boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan. Aku suka muzik latar dalam cerita ini. Pada aku, lain daripada yang lain. Mungkin boleh jadi epik satu masa nanti. Haha.

Overal, cerita ini 4 daripada 5 bintang aku bagi. Terpulang pada citarasa masing-masing. Minta masing-masing. Mungkin ada yang kata ntah apa-apa cerita ini tapi bagi aku ianya best.

Terima kasih Ahmad Idham dan selamat kembali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...