Friday, July 6, 2012

68. Siapa orang itu?

Lepas waktu asar hendak masuk waktu maghrib, bilik aku gelap. Aku tidur. Ngantuk kesan daripada tidak cukup rehat beberapa minggu ini. Waktu itu sejuk. Memang lena aku tidur. Ibarat seperti orang lain enak tidur pada waktu malam. Aku? Lebih enak pada waktu itu. Tiada gangguan. Keseorangan dalam bilik itu.

Sedang dalam keenakkan itu. Ada satu gangguan yang memang pantang pada aku dalam keadaan seperti itu.

pleaalp,pleaaalp,pleeaalp, pleaaalp. Ye, itu bunyi telefon bimbit aku. Sedang berbunyi. Siapa pula yang kacau aku ketika ini? Bee ke ni?  Tapi nombor yang tidak dikenali yang keluar. Aku menang iPad2 ke? Pelbagai spekulasi yang timbul dalam benak pemikiran otak aku yang sedang enak tidur.

tett. Bunyi aku mengambil panggilan tersebut.
"Hello?" Aku membuka bicara.
"Hello. Yang ni nombor baru orang tau." Orang itu memberitahu.
"Owh, okay. Nombor lama pakai lagi tak?" Aku bertanya.
"Pakai-pakai." Dia jawab dan kemudian mematikan panggilan itu.

Aku ketika itu sedang mamai menyambung kembali aktiviti tidak menguntungkan sebentar tadi sambil memikirkan.

"Siapa orang itu?" Masa dalam tidur.





Adik aku da rupanya.

2 comments:

  1. org mamai mmg tak tahu ape yg di katakan... haha...

    kita punya background samalah....

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/giveaway-contest-gila-buasir-otak-watak.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...