Thursday, July 5, 2012

65. Pesta Buku Selangor 2012

Tahukah anda semua yang mana di Pusat Konvesyen Shah Alam sekarang sedang berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2012? Tahu tak? Apa? Tak tahu? Bukan buku fags la korang ni. Haha..

Sebelum ini aku pernah mengatakan yang mana aku ada gilakan membeli buku walaupun ianya hanyalah sebuah novel hatta cerpen ataupun sebuah tulisan daripada seseorang sekalipun. Jadi, ini salah satu peluang yang aku tak lepaskan. Tahun lepas pun aku beli novel PECAH kat sini gak. Hehe.

Petang tadi aku sempatlah singgah SACC sekejap. SACC ni bukan yang mall tu tetapi yang pusat koncensyen, kat sebelah SACC Mall tu je. Aku sempat beli 3 buku baru, 2 novel 1 himpunan cerpen untuk Madam Bee. Macam biasalah novel tu terbitan Buku FIXI iaitu MURTAD karangan Hastul Rizwan dan HILANG karya Dayang Noor. Himpunan cerpen tu pulak bertajuk TIKETKENERAKA. Madam Bee kata dia dah habis baca cerpen dalam masa tak sampai 5jam. Best ke?

Cover HILANG. Aku suka sebab tajuk tu pun hilang. Haha


Cover MURTAD

Cover TIKETKENERAKA
Masa aku kat booth FIXI dan Lejen Press ni, ada satu kisah menarik terjadi. Ada seorang abang yang dah berusia datang. Katanya datang dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Disampai satu cerita kepada awek yang jaga booth itu. Dia kata ada seorang menegur kerana terdapat perkataan 'I AM LEJEN'. Dikatakan perkataan itu tidak betul.

lebih kurang gitu la bentuk ayatnya. Pada aku lah kan yang tak mendengar sangat apa yang dikatakan abang itu. Owh, siap kata "takut tiada orang yang nak beli buku tu nanti" kat awek-awek tu. Adakah mereka ini hanya hidup dalam dunia sendiri? Haha. sebab apa aku kata gitu? kerana merekalah antara pelopor-pelopor yang membuatkan aku ingin membaca. Harapkan buku yang ada kat pasaran sebelum itu? seriously? No thanks.

Satu lagi nak bagitahu ni, kalau rasa-rasa nak singgah pesta buku tu lepas tu beli buku atau apa-apa sampai atleast RM30, aku nasihatkan janganlah pergi. Kenapa? Sebabnya ada di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...