Monday, July 2, 2012

61. Rancang To Bangkok Version Survey-survey


Sebelum ini aku ada cerita yang aku ada tanya pada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dan pihak KTMB kan? Hari ini aku nak cerita pulak kesinambungan pada cerita itu. Hehe. Kalau minat boleh baca di sini dan sini.

Hari ahad yang lepas, aku, Madam Bee dan Wank ada menghadiri majlis perkahwinan rakan aku masa belajar di politeknik dulu di Metro Point Complex, Kajang. Walaupun perkahwinan ini sebelah perempuan tetapi memandangkan dia jemput, aku dan beberapa kawan lain menghadiri juga majlis tapi bukan ini yang ingin diceritakan. Mungkin di masa yang lain.

Dalam perjalanan balik, aku merancang ingin ke Segambut, my real hometown tapi Nana pulak busy. So, Wank ajak ke arah Damansara dan dipersutujui oleh Madam Bee. Aku turuti jelah kan walaupun masa tu tahap kengantukan aku dah cecah tahap everest dah tapi dengan syarat kena pergi One Utama. Yela, sehari sebelum tu dah pergi Curve kejap before pergi HUKM, Cheras yang tergendala sejam gara-gara hal lain datang tapi still pergi HUKM gak lepas tu. Boring bak hang kalau pergi tempat yang sama berturut-turut.hehe.

Nak dijadikan cerita, tengah jalan-jalan dalam OU tu, aku nampak kedai MPH. Kalau rajin baca post-post aku sebelum ini, aku ada kata aku pantang tengok kedai buku sekarang. Walaupun tak beli apa-apa buku, aku tetap nak tengok. Dalam masa yang sama, aku bagi cadangan kepada Wank yang mana kita cari buku tentang Bangkok. Dia setuju.

Pusing punya pusing dalam tu, cari punya cari, akhirnya aku dan Wank bersetuju untuk membeli 'Bangkok Step by Step' keluaran Insight Guides yang bekerjasama dengan Discovery Channel. Harga buku tersebut RM39.90. Pakai kad MPH yang baru buat sehari sebelum pun aku tak dapat kurang. Hampeh. Haha.

Muka depan Bangkok Step by step
Gitu lah bentuk muka depan buku yang aku beli tu. Tak tahulah menjadi ke tak trip ke Bangkok ni. Harap-harap jadi lah. Nanti nak kena study buku ni sikit. Hehe.

p/s : Rancang dulu sebelum buat sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...