Sunday, July 1, 2012

59.Strawberry di Atas Sana Lebih Sedap - Bab 2


Juga boleh didapati di Se Pena Raya
Bersambung dari Bab 1

Bab 2

Dari Rumah Ke Padang Jawa


Toot, tootttttoottt, totottttot,totottttotttt,toottttt.
Alarm handphone Hakimi berbunyi seperti yang yang disetkan pada jam 5.30 pagi. Ya, Hakimi memang tidak boleh set pada 6.30 pagi jika dia ingin bangun pada 6.30 pagi. Dia memerlukan sekurang-kurangnya sejam awal untuk mendengar alarm, barulah berupaya untuk bangun dan bersiap-siap pada awal pagi.

Hakimi memilih untuk snoozekan bunyi alarm handphonenya. Memang itu kebiasaan dilakukan oleh Hakimi. Tidak pernah dia bangun hanya kerana alarm pertama, tidak pernah. Apa yang dilakukan, sambung tidur sehingga bunyi alarm kedua berbunyi sepuluh minit kemudian. Itupun Hakimi melakukan seperti alarm pertama berbunyi. Dia mengulangi sehinggalah bunyi alarm yang pada jam 6.30 pagi.

Tepat 6.30 pagi, Hakimi bangun dan terus mencapai tuala bersama alatan mandi ke arah bilik air.

Tepat 7.00 pagi, Hakimi telah bersiap. Apa sahaja yang dilakukan orang lain pada waktu pagi, itulah yang dilakukan dia. Hakimi mencapai telefon bimbit dan mencari nombor telefon Hajar lalu menekan butang dial.

Bunyi panggilan kedengaran seketika sebelum Hajar mengangkat dalam keadaan mamai.
"Hello?" Mamai.
"Bee, bangun-bangun. Tolong hantar Sayang kat Komuter." Hakimi kejut. Dia tahu Hajar memang biasa tidur balik selepas subuh.
"Hmm, dah pukul berapa ni?" Tanya Hajar yang masih mamai.
"Pukul 7 pagi dah ni, bangunlah Bee." Sekali lagi Hakimi cuba kejut.
"Yela-yela, bagi Bee setengah jam." Bunyi seperti Hajar marah tetapi mungkin kerana dipaksa bangun.

_______________________________________________________________________________

"Bee nak breakfast dulu ke? Sayang teman tapi Sayang tak makan. Beli roti je kot nanti masa on the way nanti." Hakimi tanya kepada Hajar. Takut Hajar tak makan pula lepas pemergian dia ke Cameron Highlands nanti.
"Boleh jugak." Hajar setuju.

Seperti kebiasaannya kalau di waktu pagi, mereka berdua akan bersarapan di Restoran Kayu Nasi Kandar. Restoran itu antara kedai mamak yang tersenarai di atas list tempat makan mereka berdua untuk melepak. Mereka berdua menghabiskan masa hampir setengah jam untuk bersarapan di situ.

Sampai di Komuter, Hakimi ingatkan Ikhwan masih tidak sampai tetapi jangkaan dia silap, Ikhwan telah lama menunggu Hakimi di situ sambil mendengar mp3 di telinga.
"Ok Bee, thank you sebab tolong hantar Sayang." Hakimi berterima kasih kepada Hajar.
"Ok, nanti jaga-jaga pergi jalan tempat orang tu. Jangan nak menggatal pulak." Pesan Hajar. Bukan Hajar tak tahu perangai Hakimi.
"Hehe, yela." Hakimi hanya mampu tersengih sahaja.
"Bye Bee." Sambung Hakimi melihat Hajar membawa skuter Honda Icon berwarna putih itu pergi.

Bersambung di Bab 3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...