Sunday, July 1, 2012

57. Sayang Tengah buat apa tu?

Dalam kesejukan aircond keluaran syarikat daripada Jepun yang diberi nama Mitsubishi ditambah pula kesejukan cuaca di luar pejabat, aku enak menekan-nekan tetikus dan papan kekunci sambil memandang dengan penuh kusyuk ke arah monitor nipis keluaran syarikat daripada Amerika Syarikat pula dengan mendongakkan kepala dan mengerut-negerutkan mata, secara tiba-tiba satu pesan ringkas masuk ke dalam kotak pesanan telefon bimbit keluaran Nokia di mana berasal daripada  Finland yang mana dengar-dengar khabar hampir bankrup pemberian kekasih hati aku.

Titt..Telefon bimbit itu berbunyi.
Bee : Sayang tengah buat apa tu?
Aku : Sayang kat pejabat, tengah main game gamaknya.

Titt..Sekali lagi berbunyi
Bee : Owh lupa, sorry.
Aku : Sorry kenapa?


Titt.. Banyak pulak bunyi telefon bimbit ini.
Bee : Sebab tanya buat apa.
Aku : Tapi memang tengah main game pun. Haha!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...