Saturday, June 30, 2012

56. Avatar : Legend of Korra


Korang layan tak cerita Avatar : The Last Airbender dulu? Ala yang budak botak tu? Bukan yang warna biru tu. Sesiapa yang layan, cerita tu gempak kan?hehe. So sekarang ada kesinambungan daripada yang tu tetapi watak dan storyline yang baru.

Watak utama dalam series Avatar : The Last Airbender
Aku dah layan season 1 Avatar : Legend Of Korra ni, baru je habis. Pada aku, siri yang kali ini ok jugak. Kira bolehlah mengubati siri yang lama tu. Apa yang beza antara ATLA dengan ALOK ialah ATLA lebih kepada pengembaraan dari satu tempat ke satu tempat manakala ALOK dalam season 1 hanya tertumpu pada sebuah bandar sahaja.

Watak utama dalam series Avatar : Legend Of Korra

Watak dari series yang lama tetapi diorang ni semua dah mati kecuali  Katara yang dah sangat tua. Not so cute meh?


Dalam ATLA, Team Avatar hanya mempunyai satu tujuan iaitu membunuh Fire Lord. So, dari awal hingga last season barulah habis cerita ATLA tu. Yang aku pelik sekarang dalam ALOK pula diorang dah dapat setelkan masalah di penghujung series. Lagi season yang lain ada yang baru ataupun yang jahatnya akan buat comeback? No idea.

Pada aku, series yang baru ni pun layanlah jugak macam yang lepas. So, silalah layan ye..hehe

p/s : Baik yang lama tak semestinya baik yang baru. Buruk yang lama tak semestinya buruk yang baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...