Wednesday, June 27, 2012

51. Kenapalah saiz aku L?!


Musim EURO, Italy masuk semi-final. Gila korang aku tak beria pergi cari jersi Italy. Biar yang siam punya pun. Haha! Aku dah pusing habis Uptown Shah Alam dengan Madam Bee hari tu. Pusing punya pusing. Awek aku dapat sebijik. Ntah kena kencing pun aku tak tahu la kan. Kata triple A buatan siam harga RM45 jersey Italy warna putih. Bukan boleh caya sangat orang uptown ni, lagi-lagi tengok muka aku yang penuh dengan kesucian ini. Hoho! Aku siap call spekiebesaq nak make sure betul tak betul. Sedih betul aku rasa.

Yang tak bestnya tu, aku dah tekad nak ambil boleh pulak diorang kata saiz L takde! Shit betul. Nak dijadikan cerita, aku pun minta la tolong kat spekiebesaq belikan untuk aku. Katanya dia nak ke Danau Kota, Setapak. Aku kata orait la tu kan. Alih-alih boleh pulak Danau Kota tutup dua hari. Sakit ke apa organizer dorang? Haha.

So, dia pun beralih arah ke Uptown Cheras yang dekat dengan HUKM tu kan. Hehe, aku tahu tapi sebelum ni GPS dalam kepala otak tak save. Sejak-sejak pakcik aku masuk HUKM, dan-dan la save terus dalam kepala otak aku ni. Masalahnya aku dah ke laut ni, bukan itu yang aku ingin ceritakan. Spekiebesaq pun carilah jersey kat sana.

Aku sanggup bersengkang mata menunggu berita gembira daripada spekiebesaq, last-last dia call aku dalam cubaan memberi berita kepada aku. Korang tahu tak apa?

"Weh, yang ada saiz M je dowh." kata dia kepada aku.
"Tak payahla kalau macam tu." Jawab aku dengan tenang.

Letak telefon kat tepi, tutup komputer, aku tidur.

SHIT! Kenapa badan aku kena pakai saiz L?!

p/s : Hari itu dah elok-elok joging hari-hari, yang tak buat dah kenapa? Nasiblah kau.

4 comments:

  1. Salam bro aku ada Jersi Italy saiz XL ngan M lau tak silap aku kalau ko nak ar..Gred Jersi Triple A kompom x tipu punya...kalau nak r

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat leh kontek saya je sms pn xpe kat no 012-2465472 lokasi cheras...saya juga ada suar jeans levis siam 522 nak jual RM 35 shj

      Delete
  2. Nak buat macam mana mungkin ramai yang badan bersaiz L kot. :-)

    ReplyDelete
  3. aku dah try M. Ketat tang porut. XL panjang sangat. aku angat M away jela.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...