Tuesday, June 26, 2012

46. Travelog? ke Cameron ok gak kan?




Tadi aku ada singgah MPH kat SACC Mall, Shah Alam. Memang kebiasaanya kalau aku pergi mana-mana mall akan singgah kedai buku macam MPH, Popular dan lain-lain ( Tak ingat nama). Menariknya kat situ, aku boleh dapat macam-macam idea bila tengok buku yang ditulis oleh orang lain.

Sedang aku belek-belek buku, terjumpa satu buku yang dikarang oleh tiga orang rakan. Aku baca dua muka surat je sebab macam menarik tapi tak beli, duit dah beli jersey bola. Haha. Dari apa yang aku baca, diorang dalam perjalanan ke sebuah tempat dan diorang boleh bukukan perjalanan tersebut.

"Erm, menarik jugak ni." Hati aku berkata-kata ke diri aku sendiri seperti orang gila.

Hujung tahun lepas, aku ada ke Cameron Highland dan aku terasa ingin menulis tentang perjalanan aku ke sana. Dengan ini aku melancarkan travelog aku yang pertama bertajuk ' Strawberry di Atas Sana Sangat Sedap'. Apa? Panjang sangat ke? Nanti-nanti jela aku fikir balik tajuk tu.Haha.

Diharap travelog aku akan mendapat sambutan walaupun selepas aku meroyan minggu lepas. Haha. Aku juga berharap semoga travelog aku akan dapat ditamatkan. Insyallah.

p/s : Pengalaman adalah cikgu terbaik dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...