Thursday, June 21, 2012

40. Bulan yang agak penat (18sg)

JANGAN TERUS MEMBACA JIKA ANDA TIDAK BOLEH TENGOK DARAH!

Start daripada 08 Jun 2012 sehingga ke saat aku tulis post ni, seperti yang aku bagitahu sebelum ni, pakcik aku still dalam PPUKM, Cheras. Boleh dikatakan penat jugakla badan aku sebab ulang alik ke Shah Alam Cheras bukan dekat. Dahla aku kerja siang hari ( ponteng 3 hari apa cerita?haha). Tidur pun kurang daripada waktu secukupnya iaitu 8jam walaupun biasanya tak cukup gak tapi kalau korang tidur atas kerusi takkan sama dengan korang tidur baring.

Aku tak kisah sangat untuk ulang alik jaga pakcik aku tu dan tak mengharapkan balasan pun daripada mana-mana pihak. Aku cuma harapkan pakcik aku boleh sihat dan jumpa family dia balik lagi-lagi baby girl yang dah nak masuk sebulan umurnya.

Keadaan kaki pakcik aku

Lepas dibalut
Korang tengok la, teruk gila keadaan kaki tu. Yang pelik tu, pakcik aku boleh tak pengsan masa kena sampai jumpa doktor. Tu pun sebab doktor bagi ubat kot. Lain-lain kecederaan patah kat tangan kiri je.

Sekarang kaki yang luka tu dah dijahit dengan mengambil kulit di sebelah kaki kanan beliau. Semoga cepat sembuh kerana pakcik aku kata kaki kanan lebih sakit berbanding kaki kiri yang luka tu. Aku tak tahu kenapa.

Lagi satu aku nak kata, biarpun korang ni berharta, popular ataupun ramai kawan tetapi janganlah lupa pada saudara mara korang sebab seriusly masa korang susah ni la memang kebanyakkan yang akan tolong korang saudara mara. Aku tak kata kawan-kawan tiada yang tolong tetapi korang mesti akan lebih malu untuk dengan kawan-kawan berbanding saudara korang.

p/s : Air yang dicincang takkan putus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...