Wednesday, June 13, 2012

33. Aku beli kasut warna merah!OMG!


Hahaha. Aku macam tak percaya je yang aku boleh beli kasut warna merah. Ntah pakai ke tak la nanti tu. Harap-harap pakaila kan, kalau tak rugi duit aku je. Dah tu Madam Bee mesti marah punya la kat aku nanti.

Aku beli pun sebab terpaksa sebenarnya, hari tu aku ada cerita aku kena jaga pakcik aku kat HUKM kan? Before tu kononnya nak pergi Kedah, so aku bawak kasut sekali letak dalam kereta Abah. Alih-alih lupa pasal kasut masa ambil kereta Achik kat stor. Dah sampai rumah, barula teringat. Elok kan otak aku?haha.

So, hari ahad yang lepas, office aku ada buat makan-makan kat sebuah restoran style buffet di SUnway Pyramid. Alang-alang orang kata, aku pun mencari la kasut di sekitar mall tersebut. Pandang-pandang, berkenan pulak dengan kasut jenama Airwalk ni. Aku tak pernah dengar langsung pun jenama tu.

Aku ambil kasut warna merah, try pakai. Madam Bee pulak boleh kata cantik. Ish, tak boleh jadi ni, kena beli jugak ni.Haha. Aku terus beli seyh. Cibai punya aku. Tak fikir panjang before bayar. Baik aku ambil kasut colour hitam, lagi sesuai pakai pergi office.

Dahla try google gambar kasut tu tak dapat-dapat. Ntah-ntah bukan yang ori. Kaki aku gatal kalau tak pakai yang ori-ori ni.Haha. Gampang kan aku?

Sekarang ni, aku tengah nak menyesuaikan diri dengan kasut tu.HAHA!

p/s : Fikir dulu sebelum membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...