Wednesday, June 13, 2012

32. Slowpoke version Euro 2012



Euro 2012 dah start untuk round pertama. Semalam aku baru tengok buat pertama kali sebab sebelum tu aku jaga pakcik aku yang kemalangan kat HUKM. Rasanya ada tv kat situ tapi aku je yang tak minat nak cari, nama pun jaga orang bukan tengok bola ye dak?hehe.

Walaupun aku ni bukanla minat bola sangat. Bukan ke?hehehe. tapi memandangkan semalam Madam Bee ajak aku tengok bola England VS France. Aku gagahkan diri jugak. Pada aku, game tu awal-awal je laju. Lepas je England boleh main stail Chelsea masa champion league season ni, terus game jadi slow gila. Boring bakhang! Dahla roti telur aku tak sampai-sampai, cilakak punya mamak.
Semalam Madam Bee tanya aku minat apa dalam Euro 2012 ni. Aku pun tertanya-tanya dalam diri aku, aku ada ke minat mana-mana pasukan?hehe. Dulu mungkin aku akan kata Italy, takpun Belanda. Tapi semalam aku takleh kata. Sebab? Dalam pasukan Italy tahun ni, aku kenal 2 player je iaitu Buffon dan Pirlo. Minat ke namanya gitu? Team belanda pulak, sebab aku tak suka player Sneijder tu.haha. Bila ada yang tak suka tu jadi tak syok pulak nak sokong-sokong ni.haha.



Dah tu? Tak terjawab la persoalan Madam Bee tu? Entahla. Aku cuba try layan Italy jela. Walaupun Italy ni banyak masalah seperti kes rasuah, kes err, kes apa lagi ek? Tak tahulah saya. Okay apa sokong team yang orang tak berapa nak sokong kan?

Dengan ini, secara rasminya aku mengatakan, ITALY AKAN MENANG EURO 2012. Boleh gitu Madam Bee?

p/s : Langit yang cerah tak semestinya tidak akan hujan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...