Sunday, June 10, 2012

31. Malang tak berbau


Pada rabu lepas aku mintak cuti 3 hari. Aku takde bagitau sape-sape un. Sebab apa? Nak dijgdpt

Teks kat atas adalah cubaan menulis menggunakan samsung galaxy ace pakcik aku. TAK RETI AKU!
Gini la bentuk handphone tu.
Pada rabu lepas, aku minta cuti 3 hari dengan opis aku. Aku takde bagitau sesiapa pun kecuali insan terdekat sahaja. Kenapa? Kerana family aku datang dari Kota Bharu atas beberapa urusan dan memerlukan khidmat aku sebagai pemandu pelancong berjaya. Antaranya ke Dengkil atas urusan rumah sewa, Sogo urusan SALE, Rawang urusan melawat family terdekat.
Salah satu landmarkS Kota Bharu.
Penghujung pada kerjaya aku sebagai pemandu pelancong itu, family aku merancang untuk ke Jitra, Kedah. Kononnya ingin menghadiri jemputan perkahwinan anak kepada waris Abah. Jadi aku merancang apabila balik dari Kedah ke Shah Alam, aku ingin menggunakan perkhidmatan keretapi atau orang putih kata train. Bukan apa, nak mendapat pengalaman orang kata.
Ini la kot train dari utara ke KL sentral.
Namun, semua itu tidak dapat dilaksanakan kerana adik kepada Abah, Achik terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Tulang di tangan patah tiga dan dibahagian kaki pula, kulit terseret. Aku bayang pun dah sakit oii.

Memandangkan Abah sahaja adik beradik Achik ketika itu berada di sekitar Lembah Klang, Abah membuat keputusan untuk tidak jadi ke Jitra, Kedah. Hati aku ketika pecah, remuk, patah, hilang dan macam-macam lagi tetapi aku paham dan sangat memahami situasi Achik ketika itu. Lagi-lagi dengan Che'cik yang baru lepas beranak dua minggu yang lepas. Still tengah berpantang orang kata.

Achik ditempatkan di Hospital UKM, Cheras kerana ketika kejadian Achik berada di kawasan berdekatan. Dah dua malam aku teman Achik kat hospital. Agak boring. Lenguh pun ada tapi tahan jela kan orang kata. Achik lagi sakit. Nasib baik ada nurse-nurse yang comey-comey tapi dorang kalut sangat. Haha.

First day hari itu dah operate untuk satu bahagian tulang, dan hari ini dikatakan mungkin akan operate untuk tulang satu lagi. Dah start puasa dari pukul 2 pagi tadi. Harap-harap ok la kan. Mungkin lepas operate kena stay lagi dua tiga hari kat hospital. Kalau kena stay, aku still ada can la nak carikan awek untuk kawan aku. Hehe.

Apa-apa pun, semoga Achik sempat sembuh dan menjalani kehidupan seharian dengan lancar hendaknya.


p/s: Malang tak berbau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...