Wednesday, June 6, 2012

30. Rancang To Bangkok


"Weh, jom p Bangkok." Ajak kawan aku.
"Nak tak kalau kita pergi Bangkok?" Seorang lagi kawan aku mengajak.
"Nanti kita pergi Bangkok pulak nak?" Cadang kawan aku.


Macam-macam ajakan diterima oleh aku sejak awal tahun ini selepas trip pertama aku bersama-sama Wank dikatakan berjaya walaupun macam-macam aku merungunt.haha. Kalau ada masa akan aku ceritakan trip pertama aku itu.

Bangkok? Dalam hati aku, kenapa Bangkok? Lepas ke aku kat sempadan tu? PTPTN pun baru bayar RM100 je. Yela, takut kena blacklist. Haha. Macam-macam la persoalan yang keluar dalam kepala otak aku. Hati aku pulak tertanya-tanya. Hehe.
Dah beberapa lama kemudian, persoalan itu terkeluar sekali lagi, dan kali ini, aku takde nak fikir-fikir lagi dah. Aku rasa baik aku pergi. Kenapa aku kata gitu? Sebelum ni aku pernah bagitau yang aku ada tengok cerita The Way kan? Dalam cerita tu, pakcik tua ada tanya kat owner tempat dia bermalam pernah atau tidak owner itu membuat perjalanan itu sendiri. Owner itu berkata yang telah ditranslate ke BM oleh aku, "masa muda aku terlalu sibuk manakala sekarang aku terlalu tua."


Betul kan? Kita semasa muda terlalu sibuk bekerja atau mencari harta. Pernah tak kita cuba melakukan sesuatu  yang berbaloi sebelum kita tidak larat? Berbaloi kat sini bukanlah aku maksudkan mencari harta.Hehe. Memang kumpul duit atau cari harta itu berbaloi. Tapikan pernah terpikir masa muda ni la kita nak tengok tempat orang? Masa muda ni la kita boleh timba pengalaman sebanyak-banyaknya.


Korang kata bila kaya pun boleh? Nope, I don't think so. Wah speaking u. Haha. Pengalaman yang kau gunakan ketika kau berduit tidak akan sama sekali dengan pengalaman masa muda. Err, ada sapa-sapa paham tak?haha.

Anyway, aku dah terlajak dari apa yang aku nak ceritakan.haha. Sekarang ni aku tengah plan nak pergi ke Bangkok seperti yang aku ceritakan kat atas. Bila? Lambat lagi. 5bulan lagi.haha tapi semangat bukan main. Siap buat event dalam facebook. Orang kata baik merancang awal-awal kan sebelum terlambat.

Plan buat masa ni, akan naik tren dari KL Sentral menghala ke Butterworth dan tidur di sana semalam. Kemudian sambung dari Butterworth direct ke Bangkok selama lebih kurang 3 hari sahaja. Perjalanan balik pula mungkin naik bas dari Bangkok antara direct ke KL atau berhenti dulu Hatyai. Itu semua bergantung pada situasi.

Trip ni kalau boleh aku taknak pergi ramai. Maximum 4 orang je. Kalau ramai-ramai, kepala otak pun ramai, masalah pun ramai punya. So aku tak perlukan semua itu. Aku harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

p/s : Merancang sebelum melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...