Saturday, June 30, 2012

56. Avatar : Legend of Korra


Korang layan tak cerita Avatar : The Last Airbender dulu? Ala yang budak botak tu? Bukan yang warna biru tu. Sesiapa yang layan, cerita tu gempak kan?hehe. So sekarang ada kesinambungan daripada yang tu tetapi watak dan storyline yang baru.

Watak utama dalam series Avatar : The Last Airbender
Aku dah layan season 1 Avatar : Legend Of Korra ni, baru je habis. Pada aku, siri yang kali ini ok jugak. Kira bolehlah mengubati siri yang lama tu. Apa yang beza antara ATLA dengan ALOK ialah ATLA lebih kepada pengembaraan dari satu tempat ke satu tempat manakala ALOK dalam season 1 hanya tertumpu pada sebuah bandar sahaja.

Watak utama dalam series Avatar : Legend Of Korra

Watak dari series yang lama tetapi diorang ni semua dah mati kecuali  Katara yang dah sangat tua. Not so cute meh?


Dalam ATLA, Team Avatar hanya mempunyai satu tujuan iaitu membunuh Fire Lord. So, dari awal hingga last season barulah habis cerita ATLA tu. Yang aku pelik sekarang dalam ALOK pula diorang dah dapat setelkan masalah di penghujung series. Lagi season yang lain ada yang baru ataupun yang jahatnya akan buat comeback? No idea.

Pada aku, series yang baru ni pun layanlah jugak macam yang lepas. So, silalah layan ye..hehe

p/s : Baik yang lama tak semestinya baik yang baru. Buruk yang lama tak semestinya buruk yang baru.

Friday, June 29, 2012

55. Hanya kepada empat orang sahaja


Aku hanya meminta maaf kepada empat orang sahaja.

54. EURO 2012 ITALY VS Spain (FINAL)


Tak sangka betul aku, bila aku layan je bola, Italy mesti masuk final. Haha. Daripada sebuah team yang mungkin tarik diri daripada tournament sebab skandal rasuah kepada finalist. Good job Italia. Patutla kat opis siang tadi Mr.Ngan belanja semua makan pizza. Petanda rupanya.Hihi.

Aku rasa jersey Germany kat uptown dah boleh kurang dah tu. Sila-silalah cari ye.

Harap-harap Italy boleh menang dengan Spain nanti kat final. Dekat peringkat group pun nyaris-nyaris dah Spain kalah.

Mafia will rise again. Terasa nak main game Mario la. Mana nak cari? Ada tak untuk PS3 punye?cewah..

p/s : Jangan cepat putus asa.

53. Kenapa jersey ori terlalu mahal?


Kadang-kadang teringin juga aku nak pakai jersey ori ni, lagi-lagi kalau jersey Malaysia. Bukan apa, aku dah berjinak-jinak ke dalam penggunaan barang ori ni semenjak menggunakan PS3 iaitu sejak tahun 2009 lagi. Nampak aku saja mention yang aku ada PS3 kat situ? Berlagak kan bunyi. Haha.

Kat Malaysia ni, kita lebih tertarik pada barang-barang pirate kalau tak merugikan kita. Kenapa ek? Contohnya la kalau handphone tu kalau boleh beli yang pirate pastu okay je, memang orang kita dah pakai yang tu je kan. Haha.

Lalu kat kedai Al-Ikhsan pandang jersey Malaysia, lalu depan Nike tengok kasut. Tapi kasut memang pakai yang ori pun, gatal rasa kalau pakai yang ciplak-ciplak ni. Haha.

p/s : Belajar menyimpan untuk mendapakan sesuatu barang, bukannya mengharapkan barang itu jatuh dari atas langit.

52. Serabut


Aku dah cuba tolong. Aku sepatutnya dari awal tak terlibat.

Aku minta maaf.

Wednesday, June 27, 2012

51. Kenapalah saiz aku L?!


Musim EURO, Italy masuk semi-final. Gila korang aku tak beria pergi cari jersi Italy. Biar yang siam punya pun. Haha! Aku dah pusing habis Uptown Shah Alam dengan Madam Bee hari tu. Pusing punya pusing. Awek aku dapat sebijik. Ntah kena kencing pun aku tak tahu la kan. Kata triple A buatan siam harga RM45 jersey Italy warna putih. Bukan boleh caya sangat orang uptown ni, lagi-lagi tengok muka aku yang penuh dengan kesucian ini. Hoho! Aku siap call spekiebesaq nak make sure betul tak betul. Sedih betul aku rasa.

Yang tak bestnya tu, aku dah tekad nak ambil boleh pulak diorang kata saiz L takde! Shit betul. Nak dijadikan cerita, aku pun minta la tolong kat spekiebesaq belikan untuk aku. Katanya dia nak ke Danau Kota, Setapak. Aku kata orait la tu kan. Alih-alih boleh pulak Danau Kota tutup dua hari. Sakit ke apa organizer dorang? Haha.

So, dia pun beralih arah ke Uptown Cheras yang dekat dengan HUKM tu kan. Hehe, aku tahu tapi sebelum ni GPS dalam kepala otak tak save. Sejak-sejak pakcik aku masuk HUKM, dan-dan la save terus dalam kepala otak aku ni. Masalahnya aku dah ke laut ni, bukan itu yang aku ingin ceritakan. Spekiebesaq pun carilah jersey kat sana.

Aku sanggup bersengkang mata menunggu berita gembira daripada spekiebesaq, last-last dia call aku dalam cubaan memberi berita kepada aku. Korang tahu tak apa?

"Weh, yang ada saiz M je dowh." kata dia kepada aku.
"Tak payahla kalau macam tu." Jawab aku dengan tenang.

Letak telefon kat tepi, tutup komputer, aku tidur.

SHIT! Kenapa badan aku kena pakai saiz L?!

p/s : Hari itu dah elok-elok joging hari-hari, yang tak buat dah kenapa? Nasiblah kau.

50. Macam bukan travelog je?


Sebelum ini aku kononnya ada bagitau nak tulis travelog yang mana aku ke Cameron Highland dengan Wank tahun lepas kan? Aku cuba tulis  satu bab dan hasilnya macam cerita biasa la pulak. Walaupun tak menarik tetapi natijahnya ianya tetap macam cerita biasa. Adoi..

p/s : Jangan melakukan kerja seperti batuk di atas tangga.

49. Strawberry di atas sana lebih Sedap - Bab 1

Juga boleh didapati di sepenaraya,blogspot.com

Bab 1

Malam Itu

"Wan, esok camna? Kau dah survey tempat nak pusing kat atas sana nanti?" Hakimi bertanya pada Ikhwan tentang perjalanan ke Cameron Highland esoknya.

Mereka berdua sudah lama merancang perjalanan ke sana, lebih kurang sebulan sebelum itu lagi. Ianya tertunda gara-gara Hakimi ingin menunggu cuti am yang panjang, tak perlulah dia minta cuti. Lainlah Ikhwan yang merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Ni aku nak google dulu la. Pinjam komputer kau sekejap" Jawab Ikhwan acuh tak acuh.
"Kau memang kan, esok dah nak bertolak malam ini barulah nak google. Elok la perangai tu." Hakimi seperti hampa dengan jawapan rakannya itu. Bukan apa, perjalanan ini merupakan yang pertama dalam hidup dia yang mana pergi bercuti dengan duit poket sendiri, Jadi dia mengharapkan yang terbaik, tidak ingin membazir padanya.

"Aku plan kita akan guna tren dari Padang Jawa ke stesen paling last yang dekat. Lepas itu, kita guna bas naik ke atas sana." Cadang Ikhwan.
"Aku tak kisah, asalkan sampai je kat atas tu." Hakimi mengikut sahaja.

Mereka berdua merancang untuk membuat satu perjalanan style backpakers. Ianya gara-gara Ikhwan yang memang suka bajet dalam setiap perbelanjaannya dan Hakimi tidak kisah, yang penting sampai ke destinasi walaupun dia tidak berapa tahu apakah itu backpakers.

"Aku masa kat atas sana nanti kalau boleh nak makan strawberry. Orang kata makan kat atas sana lagi sedap, aku nak buktikan la ni betul ke tidak." Kali ini Hakimi cuba memberitahu apa yang tersemat dalam hati dia.
"Ok gini, aku dah google. Kita pergi sana kalau boleh cuba meminimumkan bajet. So, kita pergi tempat-tempat yang free je kalau boleh." Jawab Ikhwan.
"And kita pergi sana, aku nak jungle trekking. Itu wajib dan keutamaan aku kat sana." Sambung dia dengan tegas. Walaupun Ikhwan nampak seperti pendiam tetapi dalam sesetengah hal dia memang tegas.

Setelah google tempat-tempat menarik di Cameron Highlands, mereka berdua telah bersetuju dalam beberapa perkara. Pertama, mereka akan menggunakan pengakutan awam untuk naik ke atas sana walaupun agak leceh pada sesetengah orang. Kedua, tempat yang akan mereka berdua singgah kalau boleh tidak perlu guna duit. Ketiga, tidur di mana-mana sahaja ataupun penggunaan bilik yang paling murah.

"Aku memang okay je dengan idea Ikhwan tapi boleh ke aku kat atas sana nanti?" Terdetik di hati Hakimi seketika memikirkan idea daripada Ikhwan. Bukan apa, Hakimi tidak pernah melancong yang diurus oleh sendiri.

"Okaylah, esok pagi lepas subuh kita jumpa kat Komuter Padang Jawa." Ikhwan beri peringatan kepada Hakimi.
"Nanti kau minta tolong kawan kau hantarkan ke?" Hakimi bertanya pada Ikhwan untuk kepastian.
"Yup, kita jumpa sana esok. Aku balik dulu lah." Balas Ikhwan. Ikhwan tinggal di Kolej Jati, asrama kepada pelajar lelaki UiTM. Dia kena balik sebelum pukul 12 malam, kalau tak nanti nama kena ambil oleh pak guard. Kononnya nak bagi ke pihak atasan supaya nama-nama tersebut tidak diberi tempat dalam Kolej Jati itu lagi.

_________________________________________________________________________________

"Esok pagi, Bee tolong hantar Sayang kat komuter yeh?" Hakimi meminta tolong kepada Hajar, awek dia sejak mereka belajar di Polisas, Kuantan lagi.
"Yela, nanti kejutlah awal-awal. Pukul berapa esok?" Pertanyaan oleh Hajar memceritakan segalanya kepada Hakimi. Dia sebenarnya ingin ikut sama tetapi Hakimi tidak ajak dia langsung. Sedih juga hati dia.

Bukan Hakimi tidak tahu yang Hajar sedih tetapi dia tidak ingin melihat Hajar kesusahan ketika berada di atas sana nanti. Cadangan Ikhwan untuk tidur kat mana-mana itu yang membuatkan dia tidak mengajak Hajar bersama. Puas juga Hakimi cuba memujuk Hajar untuk memahami situasi dia ketika itu.

"Lepas subuh, sayang kejut Bee tau nanti. Jangan tak bangun pula." Balas Hakimi.
"Dah la, Sayang tidurlah, Kang pagi esok dia yang tak bangun pulak." Tak pasal-pasal Hakimi dimarahi Hajar.
"Errm, yelah. Nite."

Hakimi cuba melelapkan matanya tetapi gagal. Semua berpunca dari beberapa perkara. Tentang aweknya yang tidak dapat ikut bersama. Perasaan teruja untuk pergi bercuti di Cameron Highlands lagilah tak dapat dibendung. Cuma, yang paling Hakimi risau ialah mampukan dia menghabiskan perjalanannya di sana nanti.

Tanpa disedari, Hakimi berdengkur ditemani bunyi bising rakan rumahnya. Orang bujang memang pada waktu malam baru menjadi hantu.

Bersambung di Bab 2

48. GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran

Saya suka Monkey D Luffy kerana dia gila, kuat dan pentingkan kawan.

47. Tukar link and Tajuk Blog


Kalau korang perasan sebelum ini aku gunakan contenganakal.blogspot.com sebagai link dan contengan akal sebagai tajuk blog aku. Hari ini aku akan tukar kerana terdapat sebuah blog yang menggunakan tajuk blog yang sama dan contengan-akal.blogspot.com sebagai link beliau.

Dia buat blog tu dari bulan febuari 2012 lagi. So sebagai tanda menghormati kesenioran dia, akan tukar tajuk dan link. Harap maklum.

p/s : Belajar hormat menghormati antara satu sama lain.

Tuesday, June 26, 2012

46. Travelog? ke Cameron ok gak kan?




Tadi aku ada singgah MPH kat SACC Mall, Shah Alam. Memang kebiasaanya kalau aku pergi mana-mana mall akan singgah kedai buku macam MPH, Popular dan lain-lain ( Tak ingat nama). Menariknya kat situ, aku boleh dapat macam-macam idea bila tengok buku yang ditulis oleh orang lain.

Sedang aku belek-belek buku, terjumpa satu buku yang dikarang oleh tiga orang rakan. Aku baca dua muka surat je sebab macam menarik tapi tak beli, duit dah beli jersey bola. Haha. Dari apa yang aku baca, diorang dalam perjalanan ke sebuah tempat dan diorang boleh bukukan perjalanan tersebut.

"Erm, menarik jugak ni." Hati aku berkata-kata ke diri aku sendiri seperti orang gila.

Hujung tahun lepas, aku ada ke Cameron Highland dan aku terasa ingin menulis tentang perjalanan aku ke sana. Dengan ini aku melancarkan travelog aku yang pertama bertajuk ' Strawberry di Atas Sana Sangat Sedap'. Apa? Panjang sangat ke? Nanti-nanti jela aku fikir balik tajuk tu.Haha.

Diharap travelog aku akan mendapat sambutan walaupun selepas aku meroyan minggu lepas. Haha. Aku juga berharap semoga travelog aku akan dapat ditamatkan. Insyallah.

p/s : Pengalaman adalah cikgu terbaik dalam hidup kita.

45. Rasa macam artis


Terasa macam artis pula. Haha.

Friday, June 22, 2012

42. Kepada yang Terasa



Kepada mereka yang terasa,

kalau nak follow tu, click kat butang follow tepi tu pastu sila la tunjukkan diri masing-masing.

buat malu la stalk2 cara takde telur tu. tak best. kalau nak kutuk mehla depan-depan. takut ke?

haha. ye. memang tuju kat korang pun. ala apa. pasukan bape belas tu.haha.eh bukan ke? saje tak guna nama betul je.

p/s: Ada telur pakai. Takde telur? Jangan jadi perempuan zaman dulu. Kolot.

Thursday, June 21, 2012

41. Why EURO why? sangat kejam.


Aku pernah katakan aku minat Italy kan? Nasib baik menang 2-0 last game lawan Ukraine (Tuan Rumah bersama). Yang tak bestnya kenapa lawan England? Kenapa? Kenapa?

Walaupun aku tak katakan aku minat England tetapi jauh di lubuk hati aku mengharapkan juga team England dapat memenangi kejuaraan EURO 2012 ini. Aku kesian dengan England ni, walaupun ramai yang minat team-team daripada BPL tetapi aku tak paham kenapa tak ramai yang minat pada team England ni. Kesian campur pelik.
Biarlah mana-mana team yang dapat masuk ke pusingan seterusnya, aku harapkan team tu akan menang EURO 2012 ini. Sebab? Aku rasa peminat team negara lain terlalu bongkak dengan team mereka lebih-lebih lagi pasukan Spain dan Germany.

p/s : Usaha itu tangga kejayaan.

40. Bulan yang agak penat (18sg)

JANGAN TERUS MEMBACA JIKA ANDA TIDAK BOLEH TENGOK DARAH!

Start daripada 08 Jun 2012 sehingga ke saat aku tulis post ni, seperti yang aku bagitahu sebelum ni, pakcik aku still dalam PPUKM, Cheras. Boleh dikatakan penat jugakla badan aku sebab ulang alik ke Shah Alam Cheras bukan dekat. Dahla aku kerja siang hari ( ponteng 3 hari apa cerita?haha). Tidur pun kurang daripada waktu secukupnya iaitu 8jam walaupun biasanya tak cukup gak tapi kalau korang tidur atas kerusi takkan sama dengan korang tidur baring.

Aku tak kisah sangat untuk ulang alik jaga pakcik aku tu dan tak mengharapkan balasan pun daripada mana-mana pihak. Aku cuma harapkan pakcik aku boleh sihat dan jumpa family dia balik lagi-lagi baby girl yang dah nak masuk sebulan umurnya.

Keadaan kaki pakcik aku

Lepas dibalut
Korang tengok la, teruk gila keadaan kaki tu. Yang pelik tu, pakcik aku boleh tak pengsan masa kena sampai jumpa doktor. Tu pun sebab doktor bagi ubat kot. Lain-lain kecederaan patah kat tangan kiri je.

Sekarang kaki yang luka tu dah dijahit dengan mengambil kulit di sebelah kaki kanan beliau. Semoga cepat sembuh kerana pakcik aku kata kaki kanan lebih sakit berbanding kaki kiri yang luka tu. Aku tak tahu kenapa.

Lagi satu aku nak kata, biarpun korang ni berharta, popular ataupun ramai kawan tetapi janganlah lupa pada saudara mara korang sebab seriusly masa korang susah ni la memang kebanyakkan yang akan tolong korang saudara mara. Aku tak kata kawan-kawan tiada yang tolong tetapi korang mesti akan lebih malu untuk dengan kawan-kawan berbanding saudara korang.

p/s : Air yang dicincang takkan putus.

39. Nak layan tak filem JUVANA ni?


Amacam? Takkan korang tak layan siri cerita ni masa kat TV3 hari tu kan? Cerita-cerita macam ni la baru syok nak layan. Bukan berombak kerinduan, ismail dilambung dan sebagainya kan?haha.

Aku memang mengharapkan akan ada satu revolusi dalam industri persenian di Malaysia ni baik filem, muzik dan sebagainya. Aku tak peduli dari mana asalkan pelakon-pelakon, penyanyi ataupun sesiapa yang bergiat dalam industri seni Malaysia asalkan mampu memberi yang terbaik.

p/s : Jangan pandang dari mana asalnya mereka, pandanglah apa yang mereka mampu berikan.

Sunday, June 17, 2012

37. Ini Celaka Namanya

Tak turun kaki tu. Haha. Kat Malaysia ada tak macam ni? Kalau ada memang gempak la course dioarang ni. Taknak aku join.hehe

Friday, June 15, 2012

36. Untuk jadi Popular


Selepas membuat kajian serba sedikit, aku telah membuat konklusi dan pendapat ini disokong oleh beberapa kawan aku yang lain.

Untuk jadi popular dalam dunia blog ni, kau perlu menjadi seorang perempuan yang cantik. Betul ke? Mungkin betul, mungkin tidak.

Thursday, June 14, 2012

35. Team Italy EURO 2012


Ya, again. SLOWPOKE.

kerana aku telah membuka kem Italy (syok sendiri) pada EURO 2012 ini, aku akan cuba memberi berita sepenuhnya mengenai team Italy. Hari ini aku ingin memberi senarai pemain yang terlibat dalam kejohanan EURO 2012 ini. Kredit to laman web uefa.

Terdapat 3 goalkeepers yang disenaraikan, salah seorang daripadanya ialah wakil BUMI jika melawan MARIKH Gianluigi Buffon (Madam Bee kata hensem). Selain itu Salvatore Sirigu dan Morgan De Sanctis.
Gianluigi Buffon
Salvatore Sirigu
Morgan De Sanctis

Kali ini Italy menyenaraikan tujuh pemain untuk posisi defend iaitu

Christian Maggio
Giorgio Chiellini
Angelo Ogbonna
Federico Balzaretti
Ignazio Abate
Andrea Barzagli
 Leonardo Bonucc
Amacam. Gerun kan? Tu baru Defend. Ni nak bagitahu Midfield Italy pulak.
Thiago Motta
Claudio Marchisio
Emanuele Giaccherini
Daniele De Rossi
Riccardo Montolivo
Andrea Pirlo
Alessandro Diamanti
Antonio Nocerino
Nampak? Semua muka-muka ganas macam Angsa Ganas dalam gameshow Super Spontan hari tu kan?haha. Untuk Forward pula Italy ada menyenaraikan player yang agak takde displin iaitu Mario Balotelli. Korang ingat dia macam yang dalam game tu? Korang silap tapi dia ni memang power pun.hehe

Mario Balotelli

Antonio Cassano

Antonio Di Natale

Fabio Borini

Sebastian Giovinco
Kali ini Italy dijurulatihkan oleh insan yang aku tak kenal.

Cesare Prandelli
Jangan korang ingat muka-muka diorang jambu-jambu main pun jambu jugak. Ini negara yang lahirkan mafia tau tak?haha.

Apa aku boleh komen, rupa-rupanyan aku kenal bukan dua player je tetapi enam player kesemuanya. Hehe. Jadi la tu untuk aku sokong kali ini. Pada aku, team Italy kali ini tiada player seperti masa zaman emas diorang iaitu Totti, Inzaghi, Veiri, Zambarotta, Vieri dan beberapa player yang aku dah lupa. Senang cerita diorang perlu bekerja lebih daripada keras untuk menang EURO 2012 ini.

p/s: sebenarnya aku yang tak kenal player-player tu.haha

p p/s : Usaha itu tangga kejayaan.

Wednesday, June 13, 2012

34. Rancang To Bangkok version Tanya-tanya

Version Pembuka Selera

Oleh kerana kali ini aku merancang untuk keluar daripada Malaysia, kalau boleh aku nak plan betul-betul. Apa yang aku mampu, aku buat. Kalau boleh taknak mengharapkan pada Wank sorang-sorang. Kesian jugak ke dia nanti walaupun dia dah buat apa aku dah buat. Haha.

So, aku ada lah hantar email ke beberapa tempat untuk bertanyakan tentang cara perjalanan ke Bangkok menggunakan train.

Malas pulak edit-edit.
Aku tanya pada Kementerian Pengakutan Malaysia dan KTMB. Ok tak aku? Tanya kementerian tu. Kira direct line r. Tak main ikut tepi. Haha.

Jawapan daripada pihak kemeterian
dan ini jawapan daripada pihak KTMB


Salam Sejahtera,
Berikut adalah jadual perjalanan tren dari :
Sentral KL - Butterworth 

Ekspress Sinaran Utara (ESU / 10)
Departure 0845hrs - Arrival 1615hrs
ADNFD - 1st class sleeper cabin deluxe coach
              double decker bed for 2 person
              television and shower room inclusive
              "Complimentary Drinks" provided
 
MYR 118.00-lower bed / MYR 97.00-upper bed
  
ADNS - 2nd class sleeper coach
            double decker bed for 40 people (domitry style)
            separate by curtains
 
MYR 46.00-lower bed / MYR 40.00-upper bed
  
AFC - 1st class seater / MYR 67.00
 
ASC - 2nd class seater / MYR 34.00
 
ER2 Ekspres Rakyat
Departure 1506hrs - Arrival 2120hrs
AFC - 1st class seater / MYR 67.00
ASC - 2nd class seater / MYR 34.00
SM22 Senandung Mutiara
Departure 2300hrs - Arrival 0630hrs

ADNFD - 1st class sleeper cabin deluxe coach
              double decker bed for 2 person
              television and shower room inclusive
              supper and breakfast provided
MYR 138.00-lower bed / MYR 117.00-upper bed
ADNS - 2nd class sleeper coach
            double decker bed for 40 people (domitry style)
            separate by curtains
MYR46.00-lower bed / MYR40.00-upper bed
AFC - 1st class seater / MYR  67.00
ASC - 2nd class seater / MYR 34.00
Butterworth - Bangkok (IE36 International Express)
Departure 1420hrs - Arrival 1224hrs
ANST - 2nd class sleeper coach
           double decker bed for 40 people (domitry style)
           separate by curtains
MYR 111.90-lower bed / MYR 103.90-upper bed
Diharap maklumat yang diberikan jelas.
Terima Kasih.

Ms.Nisha
CallCenter KTMB
SBU Intercity Services
Sentral KL Station
1-300-88-5862 / +603-22671200
panjang kan? Lantak diorang lah. Haha.

So, aku dah ada jawapan dari segi pengakutan keretapi ke Bangkok.

p/s; Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

33. Aku beli kasut warna merah!OMG!


Hahaha. Aku macam tak percaya je yang aku boleh beli kasut warna merah. Ntah pakai ke tak la nanti tu. Harap-harap pakaila kan, kalau tak rugi duit aku je. Dah tu Madam Bee mesti marah punya la kat aku nanti.

Aku beli pun sebab terpaksa sebenarnya, hari tu aku ada cerita aku kena jaga pakcik aku kat HUKM kan? Before tu kononnya nak pergi Kedah, so aku bawak kasut sekali letak dalam kereta Abah. Alih-alih lupa pasal kasut masa ambil kereta Achik kat stor. Dah sampai rumah, barula teringat. Elok kan otak aku?haha.

So, hari ahad yang lepas, office aku ada buat makan-makan kat sebuah restoran style buffet di SUnway Pyramid. Alang-alang orang kata, aku pun mencari la kasut di sekitar mall tersebut. Pandang-pandang, berkenan pulak dengan kasut jenama Airwalk ni. Aku tak pernah dengar langsung pun jenama tu.

Aku ambil kasut warna merah, try pakai. Madam Bee pulak boleh kata cantik. Ish, tak boleh jadi ni, kena beli jugak ni.Haha. Aku terus beli seyh. Cibai punya aku. Tak fikir panjang before bayar. Baik aku ambil kasut colour hitam, lagi sesuai pakai pergi office.

Dahla try google gambar kasut tu tak dapat-dapat. Ntah-ntah bukan yang ori. Kaki aku gatal kalau tak pakai yang ori-ori ni.Haha. Gampang kan aku?

Sekarang ni, aku tengah nak menyesuaikan diri dengan kasut tu.HAHA!

p/s : Fikir dulu sebelum membuat keputusan.

32. Slowpoke version Euro 2012



Euro 2012 dah start untuk round pertama. Semalam aku baru tengok buat pertama kali sebab sebelum tu aku jaga pakcik aku yang kemalangan kat HUKM. Rasanya ada tv kat situ tapi aku je yang tak minat nak cari, nama pun jaga orang bukan tengok bola ye dak?hehe.

Walaupun aku ni bukanla minat bola sangat. Bukan ke?hehehe. tapi memandangkan semalam Madam Bee ajak aku tengok bola England VS France. Aku gagahkan diri jugak. Pada aku, game tu awal-awal je laju. Lepas je England boleh main stail Chelsea masa champion league season ni, terus game jadi slow gila. Boring bakhang! Dahla roti telur aku tak sampai-sampai, cilakak punya mamak.
Semalam Madam Bee tanya aku minat apa dalam Euro 2012 ni. Aku pun tertanya-tanya dalam diri aku, aku ada ke minat mana-mana pasukan?hehe. Dulu mungkin aku akan kata Italy, takpun Belanda. Tapi semalam aku takleh kata. Sebab? Dalam pasukan Italy tahun ni, aku kenal 2 player je iaitu Buffon dan Pirlo. Minat ke namanya gitu? Team belanda pulak, sebab aku tak suka player Sneijder tu.haha. Bila ada yang tak suka tu jadi tak syok pulak nak sokong-sokong ni.haha.



Dah tu? Tak terjawab la persoalan Madam Bee tu? Entahla. Aku cuba try layan Italy jela. Walaupun Italy ni banyak masalah seperti kes rasuah, kes err, kes apa lagi ek? Tak tahulah saya. Okay apa sokong team yang orang tak berapa nak sokong kan?

Dengan ini, secara rasminya aku mengatakan, ITALY AKAN MENANG EURO 2012. Boleh gitu Madam Bee?

p/s : Langit yang cerah tak semestinya tidak akan hujan.


Sunday, June 10, 2012

31. Malang tak berbau


Pada rabu lepas aku mintak cuti 3 hari. Aku takde bagitau sape-sape un. Sebab apa? Nak dijgdpt

Teks kat atas adalah cubaan menulis menggunakan samsung galaxy ace pakcik aku. TAK RETI AKU!
Gini la bentuk handphone tu.
Pada rabu lepas, aku minta cuti 3 hari dengan opis aku. Aku takde bagitau sesiapa pun kecuali insan terdekat sahaja. Kenapa? Kerana family aku datang dari Kota Bharu atas beberapa urusan dan memerlukan khidmat aku sebagai pemandu pelancong berjaya. Antaranya ke Dengkil atas urusan rumah sewa, Sogo urusan SALE, Rawang urusan melawat family terdekat.
Salah satu landmarkS Kota Bharu.
Penghujung pada kerjaya aku sebagai pemandu pelancong itu, family aku merancang untuk ke Jitra, Kedah. Kononnya ingin menghadiri jemputan perkahwinan anak kepada waris Abah. Jadi aku merancang apabila balik dari Kedah ke Shah Alam, aku ingin menggunakan perkhidmatan keretapi atau orang putih kata train. Bukan apa, nak mendapat pengalaman orang kata.
Ini la kot train dari utara ke KL sentral.
Namun, semua itu tidak dapat dilaksanakan kerana adik kepada Abah, Achik terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Tulang di tangan patah tiga dan dibahagian kaki pula, kulit terseret. Aku bayang pun dah sakit oii.

Memandangkan Abah sahaja adik beradik Achik ketika itu berada di sekitar Lembah Klang, Abah membuat keputusan untuk tidak jadi ke Jitra, Kedah. Hati aku ketika pecah, remuk, patah, hilang dan macam-macam lagi tetapi aku paham dan sangat memahami situasi Achik ketika itu. Lagi-lagi dengan Che'cik yang baru lepas beranak dua minggu yang lepas. Still tengah berpantang orang kata.

Achik ditempatkan di Hospital UKM, Cheras kerana ketika kejadian Achik berada di kawasan berdekatan. Dah dua malam aku teman Achik kat hospital. Agak boring. Lenguh pun ada tapi tahan jela kan orang kata. Achik lagi sakit. Nasib baik ada nurse-nurse yang comey-comey tapi dorang kalut sangat. Haha.

First day hari itu dah operate untuk satu bahagian tulang, dan hari ini dikatakan mungkin akan operate untuk tulang satu lagi. Dah start puasa dari pukul 2 pagi tadi. Harap-harap ok la kan. Mungkin lepas operate kena stay lagi dua tiga hari kat hospital. Kalau kena stay, aku still ada can la nak carikan awek untuk kawan aku. Hehe.

Apa-apa pun, semoga Achik sempat sembuh dan menjalani kehidupan seharian dengan lancar hendaknya.


p/s: Malang tak berbau.

Wednesday, June 6, 2012

30. Rancang To Bangkok


"Weh, jom p Bangkok." Ajak kawan aku.
"Nak tak kalau kita pergi Bangkok?" Seorang lagi kawan aku mengajak.
"Nanti kita pergi Bangkok pulak nak?" Cadang kawan aku.


Macam-macam ajakan diterima oleh aku sejak awal tahun ini selepas trip pertama aku bersama-sama Wank dikatakan berjaya walaupun macam-macam aku merungunt.haha. Kalau ada masa akan aku ceritakan trip pertama aku itu.

Bangkok? Dalam hati aku, kenapa Bangkok? Lepas ke aku kat sempadan tu? PTPTN pun baru bayar RM100 je. Yela, takut kena blacklist. Haha. Macam-macam la persoalan yang keluar dalam kepala otak aku. Hati aku pulak tertanya-tanya. Hehe.
Dah beberapa lama kemudian, persoalan itu terkeluar sekali lagi, dan kali ini, aku takde nak fikir-fikir lagi dah. Aku rasa baik aku pergi. Kenapa aku kata gitu? Sebelum ni aku pernah bagitau yang aku ada tengok cerita The Way kan? Dalam cerita tu, pakcik tua ada tanya kat owner tempat dia bermalam pernah atau tidak owner itu membuat perjalanan itu sendiri. Owner itu berkata yang telah ditranslate ke BM oleh aku, "masa muda aku terlalu sibuk manakala sekarang aku terlalu tua."


Betul kan? Kita semasa muda terlalu sibuk bekerja atau mencari harta. Pernah tak kita cuba melakukan sesuatu  yang berbaloi sebelum kita tidak larat? Berbaloi kat sini bukanlah aku maksudkan mencari harta.Hehe. Memang kumpul duit atau cari harta itu berbaloi. Tapikan pernah terpikir masa muda ni la kita nak tengok tempat orang? Masa muda ni la kita boleh timba pengalaman sebanyak-banyaknya.


Korang kata bila kaya pun boleh? Nope, I don't think so. Wah speaking u. Haha. Pengalaman yang kau gunakan ketika kau berduit tidak akan sama sekali dengan pengalaman masa muda. Err, ada sapa-sapa paham tak?haha.

Anyway, aku dah terlajak dari apa yang aku nak ceritakan.haha. Sekarang ni aku tengah plan nak pergi ke Bangkok seperti yang aku ceritakan kat atas. Bila? Lambat lagi. 5bulan lagi.haha tapi semangat bukan main. Siap buat event dalam facebook. Orang kata baik merancang awal-awal kan sebelum terlambat.

Plan buat masa ni, akan naik tren dari KL Sentral menghala ke Butterworth dan tidur di sana semalam. Kemudian sambung dari Butterworth direct ke Bangkok selama lebih kurang 3 hari sahaja. Perjalanan balik pula mungkin naik bas dari Bangkok antara direct ke KL atau berhenti dulu Hatyai. Itu semua bergantung pada situasi.

Trip ni kalau boleh aku taknak pergi ramai. Maximum 4 orang je. Kalau ramai-ramai, kepala otak pun ramai, masalah pun ramai punya. So aku tak perlukan semua itu. Aku harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

p/s : Merancang sebelum melakukan sesuatu.

Tuesday, June 5, 2012

29. Susah ke bagi signal?


Kepada pembawa kereta atau pembawa motorsikal, aku minta tolong sangat-sangat, tolonglah bagi signal untuk masuk simpang tak kira simpang besar, kecil, simpang empat, simpang tiga, simpang lapan. bila korang tak bagi signal, ianya sangat-sangat menyusahkan aku sebagai penunggang yang berhemah. Susah tau tak.

Mahal sangat ke signal korang tu? Letih sangat ke kalau korang bagi signal tu? adoi. Jangan fikir diri sendiri je. Satu lagi, kenala ingat, walaupun kat bandar atau kat kampung, sama je, orang tetap bergantung pada signal kau untuk tahu yang kau nak masuk simpang atau berhenti di sesuatu kawasan. Payah la gini.

p/s : Ingat sebelum terkena.

28. Shinji Kagawa Masuk Man Utd.


Shinji Kagawa
Kenal tak?hehe. Aku minat dia sebab dia player jepun dalam Borussia Dortmund. Masa main game FIFA, kalau dapat goal pakai dia boleh la nak nganjing kawan yang kena tu kan.haha.

Aku rasa dia akan ganti Park Ji Sung untuk Man Utd pada pasaran asia. N dia player Jepun. OK r tu. Aku tak suka Kora Selatan sangat. J-rock la cool.haha

p/s : Sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...