Saturday, May 26, 2012

19. Dua JIwa Satu Rumah


Boleh dibaca di sepenaraya.blogspot.com


Seperti biasa, aku tunggu dia pulang. Aku suka tatap wajah dia, sangat cantik ketika baru pulang dari pejabat di mana tempat dia bekerja. Tak tahu la pulak kat mana dia bekerja, dia tidak pernah walau sekali mengajak aku ke tempat dia. Aku pun hanyalah menumpang di rumah dia.

Pernah aku cuba mengikut dia ke pejabat dia tetapi dengan selamba dia menghalau aku dengan pelbagai cacian, makian dan hinaan yang boleh keluar daripada mulut dia.

"Sial la, yang kau nak ikut aku apahal. Dahla busuk, aku tendang jugak nanti kau ni. Blahlah." Kata-kata dia setelah aku tapis, takut tak lepas bila LPF tapis. Aku terasa sungguh hina apabila dia mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sungguhpun begitu, aku masih sayang pada dia. Tak pernah berkurangan walaupun sedikit.

Ding, ding, ding, ding, ding, ding. Enam kali jam di rumah ini berbunyi, tandanya sudah pukul enam petang. Biasanya dia akan pulang pada waktu ini. Kang! Bunyi pintu dihempas. Sah, dia sudah balik.

"Darling, mana you? I ada bawak makanan untuk you ni." Tanya dia kedudukan aku. Memang kebiasaannya dia akan membawa pulang makanan untuk aku. Dia tahu makanan kegemaran aku ialah ikan goreng dan itulah makanan yang kebiasaannya dia bawak balik. Ada la sesekali dia bawak ayam goreng. Aku tak kisah, asalkan perut aku kenyang.

Lepas bagi aku makanan, biasanya dia akan mandi. Dia masuk dalam bilik, salin pakaian dengan tuala kecil menyeliputi tubuh dia. Aku suka tengok tubuh dia. Ya, orang kata darah muda lagi, tubuh pun mestila mantap. Aku pun jantan. Rugila kalau tak tengok. Dah dia yang tunjuk, bukan aku yang paksa. Pelik jugak aku, tak malu ke dia? tapi peduli apa, tubuh dia bukan tubuh aku. Aku sendiri tidak pernah berpakaian dalam rumah ini.

Aku cepat-cepat habiskan makanan aku kerana aku tiba-tiba merasa ingin mandi bersama dia. Habis makanan, aku berlari ke arah bilik mandi. Seperti berada dalam syurga keadaan dalam bilik mandi itu. Aku dan dia tidak berpakaian, mandi bersama. Dia akan gosokkan badan aku dengan sabun Lux warna putih kesukaan dia dan aku. Wangi badan aku. Aku cuba gosok badan dia pula tetapi dihalang. Mungkin kerana kuku aku yang tajam.

Selesai mandi, dia akan gosokkan badan aku. Syoknya perasaan ini. Aku berharap semoga keadaan ini berkekalan selama-lamanya. Selepas mandi, dia akan membuka komputer riba keluaran acernya untuk melayari internet. Wallpaper dia memeluk aku terpampang di muka screen komputer riba dia. Aku sanggat suka.

Bibir dia mengukir satu senyuman yang manis tatkala melihat laptop dia. Kadangkala gelak ketawa, kadangkala pula menangis sendiri. Aku biarkan sahaja dia dengan dunia komputer riba dia sendiri. Memang aku cemburu melihat dia bersama rakan-rakan dia, tetapi aku cuma menumpang sahaja di rumah dia. Tak mungkin aku ada hak untuk menyibukkan diri.

Teringat aku pertama kali melihat dia. Ketika itu, aku keseorangan di sebuah sresen bas, kesejukan dan kelaparan. Dia terlihat aku ketika itu, lalu meng'offer'kan diri untuk tinggal bersama dengan dia. Begitu mudah bukan? Mungkin kerana aku ini sangat comel padanya.

Cuma, setelah tinggal bersama dengan dia, tidak pernah pula aku dibawa kemana-mana. Aku dikurung sendirian dalam rumah dia. Sedih. Aku sendiri tidak faham kenapa dia bertindak sedemikian. Satu saat dia sangat baik padaku, satu saat dia serupa manusia tidak berhati perut. Kenapa semua ini terjadi?

Ting tong, ting tong. Dua kali loceng rumah dia berbunyi lalu dia ke pintu rumah dan menjemput rakan dia masuk ke dalam rumah. Seorang perempuan, lebih cantik, mungkin sebaya dengan dia. Masuk sahaja kawan dia, nampak aku yang tidak berpakaian, serta merta mengangkat aku.

"Sue, cantiknya kucing you ni. Bulu dia halus je. You bagi makan apa ye?" Tanya kawan dia kepada dia. Tangan bermain dengan bulu-bulu di badan aku.

"I bagi makan ikan je, kadang-kadang jela I bagi makan ayam. Pasal bulu dia itu, masa I jumpa dia kat bus stop hari itu lagi memang dah halus macam itu. Sebab tu je I ambil dia bawak balik rumah." Jawab dia selamba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...