Wednesday, May 9, 2012

7. Bersih


Saja aku biar seminggu dulu baru nak cerita pasal Bersih ni (hahaha..). Aku nak cerita apa yang aku tahu pasal Bersih ni. Seingat aku dan info melalui wikipedia, Bersih ini bermula pada tahun 2007 tarikh 10 November. Aku ketika itu masih belajar di POLISAS, Kuantan dalam semestar ketiga yang mana sedang bersama-sama rakan kelas yang lain sedang beraya di rumah rakan-rakan di Kuantan. Aku yang masa tu sangat naif tentang politik sangat terkejut apabila mendapat berita daripada seseorang di Kuala Lumpur mengatakan terdapat perarakan yang telah menyebabkan jem yang sangat teruk. Malahan aku sikit pun tak percaya pada kata-kata itu pada mulanya. Namun setelah mendengar dan menonton berita di tv, barulah aku mula mempercayainya.

Dikatakan gambar Bersih1.0 yang diambil daripada internet.
Mereka menuntut 4 perkara pada ketika itu iaitu menggunakan dakwat hitam ketika pilihan raya, bersihkan nama-nama pengundi, hapuskan undi pos dan media yang adil di Malaysia. Kesemua tuntutan itu dimemorandumkan untuk diserahkan ke Yang Di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kesan daripada itu, aku mula mengikuti politik di Malaysia dengan lebih mendalam berbanding sebelum itu. Sebelum itu, aku hanya kenal Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin politik daripada pihak pembangkang di Malaysia. Kalau belah Kerajaan mestilah tahu, nama pun propoganda kat tv, suratkhabar, radio semua ada yang mana ketika itu Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Tun Abdullah Ahmad Badawi

opss..


Dan pada PilihanRaya Umum ke-12 (Mac 2008), Barisan Nasional telah kehilangan Negeri Selangor, Pulau-Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (jika dikira sebagai negeri) kepada pihak gabungan baru iaitu Pas, PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat. Barisan Nasional juga masih tidak dapat merampas Kelantan daripada Pas yang telah memimpin sejak tahun 1990 lagi. Bukan itu sahaja, jumlah kerusi Pakatan Rakyat juga telah meningkat di dalam Parlimen berbanding sebelum itu iaitu sebanyak 82 kerusi berbanding Barisan Nasional 140 kerusi. And then you guys know the rest what happen to our goverment, ini bukan tempat untuk aku cerita tentang itu.

Bangunan Parlimen Malaysia
Pada tahun lepas pula, iaitu untuk lebih tepat lagi pada tarikh 09 Julai 2011, pihak ini telah melakukan satu lagi perhimpunan dan dinamakan Bersih 2.0 kerana tuntutan mereka pada Bersih1.0 tidak dilayan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kali ini mereka menuntut 8 perkara tambahan 4 perkara daripada 4 perkara yang dituntut sebelum ini iaitu tempoh kempen pilihan raya selama 21 hari, isntitusi awam diperkukuhkan, korupsi dihentikan dan tiada lagi politik kotor digunakan.


Aku ketika itu apabila mendengar sahaja tentang ini, merasa sangat teruja. Mungkin darah muda, darah baru nak mendidih orang kata. Tetapi dalam perasaan teruja itu, tak terlintas langsung dalam pemikiran aku untuk mengikuti perhimpuan ini. Mungkin otak ini dah di'brainwash'kan oleh sesiapa.  Mana tahu kan. Nak dijadikan cerita, malam sebelum Bersih 2.0 itu, aku telah ke Kuala Lumpur, Pekeliling untuk menemankan kawan ku untuk mengambil kakak beliau yang sarat mengandung yang sampai daripada Pahang (kalau tak silap aku).

Pada pemerhatian aku malam itu, suasana Kuala Lumpur tidak seperti sebuah bandaraya utama di Malaysia. Ianya lebih teruk daripada bandar-bandar cowboy yang kecil di sekitar negara Malaysia. Malahan, aku sendiri nampak dengan mata aku sendiri, pihak-pihak FRU telah mula memasuki bandar Kuala Lumpur pada malam itu juga. Tak pasti mereka semua daripda luar ataupun memang berasal dari Kuala Lumpur.

Abang-abang FRU


Aku suka tengok gaya FRU berkawad (haha...itu bukan point aku). Tetapi apakah kesan daripada Bersih2.0 ini? Pada aku, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Najib Tun Razak, telah melakukan kesilapan yang besar apabila beliau tidak memberi permit kepada pihak Bersih2.0 dengan pelbagai alasan. Yang menjadi persoalan kepada diri aku sehingga kini, kenapa Barisan Nasional sendiri tidak mengikuti perhimpunan Bersih2.0 ini walaupun telah dijemput oleh Pengerusi Bersih2.0 iaitu Ambiga Sreenevasan berulang kali. Aku sendiri mampu berfikir mengatakan Bersih2.0 ini bukanlah sebuah perhimpunan politik tetapi adalah perhimpunan bagi membersihkan pilihan raya di Malaysia ini sahaja.

"Fikirlah dahulu!" kata Dato' Seri Najib Tun Razak

"Apa ini? Ya, 1?Malaysia!1?Malaysia!1MALAYSIA!!" jerit beliau.
Dan beliau telah melakukan kesilapan yang sama pada tahun ini bersamaan 28 April 2012 di mana perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung. Walaupun pada mulanya kerajaan telah meluluskan perhimpunan ini, namun seperti biasa kali ini, DBKL pula yang menutup Dataran Merdeka dan mendapat perintah mahkamah yang mengatakan Dataran Merdeka adalah kawasan larangan selama 3 hari bermula jumaat sehari sebelum perhimpunan itu berlangsung sehingga ahad sehari selepas perhimpunan itu berlangsung.

Pada kali ini, tuntutan Bersih 3.0 masih sama seperti perhimpunan Bersih 2.0 dan pada kali ini mereka lebih kepada duduk dan bantah. Cuma mereka mestilah berarak daripada satu tempat ke arah Dataran Merdeka. Walaupun Dataran Merdeka ditutup dan dilarang oleh pihak polis untuk dimasuki tetapi ada juga yang manusia bodoh cuba mencerobohi Dataran Merdeka itu.

Polis mula bertindak ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang lain atas kebodohan manusia-manusia yang menceroboh Dataran Merdeka. Di sini boleh kita nampak apa masalah polis, yang buat kesilapan ialah manusia bodoh yang menceroboh Dataran Merdeka, tetapi kenapa yang diserang KESEMUA peserta Bersih 3.0. Tangkap jela manusia yang menceroboh itu.

Aku cuba mencari gambar manusia yang menceroboh Dataran Merdeka ketika itu tetapi gagal.

This the man, i'm so proud of him


boleh tengok kat video di atas ada seorang mamat yang dengan sengaja menyepak gas pemedih mata ke arah Mr.Strawhat. Mana-mana manusia biasa pun akan marah kalau dengan sengaja diperlakukan seperti itu. Jadi, kenapa dia buat macam itu? Kita ada akal yang dikurnikan oleh tuhan boleh berfikir dengan sendiri tanpa orang lain beritahu kecuali kita telah mensetkan minda untuk tidak berfikir dalam hal-hal seperti ini.

Apakah kesan daripada perhimpuan Bersih 2.0 dan perhimpunan duduk dan bantah Bersih 3.0? Buat masa ini (ketika aku menulis), pilihan raya masih belum berlangsung ataupun belum ada hint oleh perdana menteri Malaysia bila ianya akan berlangsung. Apa yang boleh kita lihat ialah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Konklusinya apa yang boleh aku lihat daripada peristiwa ini, pihak pembangkang di Malaysia telah menggunakan Bersih ini dengan terlalu baik sehingga pihak-pihak penyokong Barisan Nasional menganggap Bersih ini adalah kerja pihak pembangkang. Ini ialah daripada pihak yang tidak berfikir. Barisan Nasional pula telah melakukan banyak kesilapan apabila menghadapai situasi seperti ini. Susah ke nak berikan apa yang RAKYAT minta walaupun jika ianya tidak mewakili keseluruhan rakyat negara Malaysia ini? Jangan guna media untuk menakut-nakutkan rakyat dan jangan mengadap rakyat masih bodoh seperti dahulu.

Semua di atas hanya pandangan peribadi aku, siapa tidak setuju, sila pergi mampus.

p/s : Makanlah mengikut masa.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...