Wednesday, May 16, 2012

11.[Sila SEBARKAN sehingga sampai ke pembacaan jurulatih Negara, Dato K Rajagobal]


Diambil daripada BolaSepak Malaysia






[Sila SEBARKAN sehingga sampai ke pembacaan jurulatih Negara, Dato K Rajagobal]
Selamat sejahtera kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Dato K Rajagobal.
Pertama sekali tahniah diatas kejayaan Dato membuka mata Dato dengan memberi peluang kepada beberapa pemain yang telah mempamerkan aksi yang baik dalam Liga M dan Dato telah menyenaraikan mereka dalam skuad kali ini bagi menghadapi 3 perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A pada bulan Mei dan Jun ini.
Kedua,sehingga kini saya masih bingung mengapa Dato tidak mahu memberi peluang kepada kapten pasukan Kelantan,Badri Radzi di dalam skuad Negara. Sedarkah Dato bahawa kemantapan prestasi pasukan Kelantan adalah dibahu pemain kecil molek ini yang merupakan nadi pasukan Kelantan?
Saya faham mungkin Dato akan mengatakan “OKS dah beri peluang ketika skuad Harimau Muda a.k.a Skuad Olimpik dan Sukan Sea bertemu Chelsea pada Julai 2011 yang lalu tetapi Piya(nama timangannya) gagal dan tenggelam punca dalam pertemuan itu sedangkan Shahrul Nizam dan Norhafiz Zamani Misbah serta S Subramian lebih cemerlang”.
Namun,sedarkah Dato bahawa pertemuan itu Dato tidak boleh 100% menilai prestasi Piya berdasarkan perlawanan tersebut dimana pertemuan itu bukanlah untuk menilai kebolehan pemain tetapi lebih kepada proses menimba pengalaman. Saya bukan penyokong pasukan Kelantan ya,tetapi  saya sedang bercakap atas kapasiti penyokong arena Bolasepak Malaysia.
Dato juga tidak boleh membandingkan prestasi Piya dengan Arul dan juga Norhafiz mahupun Subra kerana mereka bertiga itu sememangnya adalah bekas dan masih bermain dengan skuad Negara sedangkan Piya tidak pernah lagi mewakili Negara sebelum ini. Namun saya sudah bersedia untuk menerima ayat popular daripada Dato, “saya kenal para pemain saya”.
Walaubagaimanapun itu adalah hak Dato yang mempunyai lesen untuk menilai lebih bijak siapa pemain yang boleh dan tidak boleh bermain dalam taktikal Dato. Namun saya ada satu cadangan untuk Dato kerana Dato sering menggunakan pemain-pemain yang hampir sama dalam sesebuah perlawanan.
Dato,
Saya amat berharap Dato dapat memberikan semua pemain yang dipanggil kali ini agar mereka dapat menimba pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. Kebiasaannya Dato hanya menggunakan 18 pemain sahaja daripada 25 pemain yang dipanggil dalam sesebuah perlawanan bersahabatan.
Saya mencadangkan agar Dato menurukan kesebelasan utama di separuh masa pertama dan apabila tiba separuh masa kedua,Dato terus menukar 11 pemain utama tadi dengan 11 pemain simpanan ditambah dengan beberapa lagi pertukaran pemain yang masih ada dibangku simpanan seperti yang selalu dilakukan oleh pasukan luar Negara ketika perlawanan persahabatan pra musim.

Saya faham masalah kekurangan peluang dan ruang untuk semua pemain diberi peluang beraksi dalam satu perlawanan persahabatan. Tetapi kali ini ada 3 perlawanan persahabatan antarabangsa,maka kalau boleh saya mahu Dato membuat 2 set pasukan yang terdiri agar ada peluang sama rata untuk ke 25 pemain ini beraksi di pentas antarabangsa.
Sekian sedikit cadangan daripada saya,sebagai seorang penyokong biasa arena Bolasepak Malaysia. Segala pertimbangan dan budi baik Dato untuk menerima atau tidak cadangan saya ini saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca. Semoga berjaya mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012 dan paling penting misi Dato, Malaysia layak ke Piala Asia 2015 secara merit.
Yang benar,
(PECINTA BOLA)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...