Tuesday, May 29, 2012

25. Kelakar Macam Sial.HAHA!


Memang kelakar macam sial. Hahahahaha!


aku tahu daripada www.suarapeople.com

24. Ponteng


Hari ini sudah 8 hari aku tak pergi kerja kalau dikira dari bulan lepas. Gila betul aku ni. Kalau ada anugerah pekerja paling pemalas memang jatuh ke aku la. Niat pagi tadi ingat nak masuk lambat je. Sekali terjaga ambik kau, pukul 2 petang baru bangun. Memang best la kan aku boleh layan tidur.

p/s : Jangan ingat nasib kau baik je sepanjang masa.

23.Jalan Kaki dari Lembah Klang Ke Kota Bharu


Tajuk bukan main panjang tu.haha. Itu cuma idea gila yang tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku. Sebab apa? Sebab aku tengok satu cerita yang disuggestkan oleh kawan aku,Wank . Nama cerita itu The Way. Kisah seorang lelaki tua yang tak pernah minat merantau mula berjalan kaki dari satu lokasi iaitu di Perancis ke Galicia, Sepanyol. Dia mula berjalan sebab nak tunaikan perjalanan terakhir anak dia yang mati kerana storm kat Perancis kot.

Poster The Way
Tadi aku kata seorang lelaki tua kan? Tapi dalam poster ada lagi tiga orang. Diorang pun macam lelaki tua tu nak pergi ke tempat sama. Kalau korang tau apa itu backpackers, lebih kurang macam itu la.

So, katakan la aku nak buat macam yang kat tajuk entry ni, boleh ke? Mampu ke? Cukup ke bajet aku? Berapa lama tempoh perjalanan tersebut? Perlu ke aku fikir kesemua itu atau dengan selamba aku buat je? Selamat ke perjalanan aku nanti? Apa patut aku sediakan?

Banyakkan aku fikir? Nanti jela aku fikir balik.

p/s : Perjalanan itu takkan berakhir tanpa langkah yang pertama.

Monday, May 28, 2012

22. Wayang Bergambar


Jujur dari aku, aku sangat suka tengok wayang. Boleh kata, tiap-tiap minggu nak tengok cerita baru kat panggung. Gila kau tak suka, syok tu tengok wayang.  First cerita aku tengok ialah cerita Looney Tunes: Back In Action. Aku ingat lagi, masa itu aku tengok kat MidValley dengan Rais, Afiq dan tak silap ada sorang lagi ntah sape (sori bro).

Poster cerita itu
Tak silap aku, masa itu tahun 2004 ataupun selepas betul-betul PMR. Form 4, orang kata honeymoon lepas PMR kononnya. Lepas itu barulah aku mula tengok wayang secara aktif. Kenapa aku suka tengok wayang berbanding tengok kat rumah? Mesti r sistem audio dia dengan skrin yang gabak. Korang akan dapat satu perasaan yang berlainan masa itu berbanding tengok kat rumah. Sangat lain.

Cuma masa aku tengok wayang, aku paling pantang kalau ada orang main handphone sekitar aku. Rasa nak lempang je. Tapi aku paling berani pun tegur kalau awek-awek je. Laki aku senyap je.haha. Satu lagi jenis kalau yang jenis ketawa tak tentu hala. Scene tak lawak pun boleh gelak. Ntah pape la korang ni. Spesis ini sama la dengan yang jenis cakap kuat dalam panggung. Tolong la respect orang lain sikit kawan. Sama-sama bayar tiket bukan nak dengar kau cakap dalam panggung tu.

Ada satu lagi spesis jenis tak boleh kontrol kaki. Suka sangat sepak-sepak seat kat depan dia. What the hell? Orang yang tinggi yang jenis tak paham yang dia tinggi pun susah jugak. Nak tegur takut kata kurang diajar tetapi please bro. Bro la, sebab tak pernah lagi jumpa perempuan yang tinggi.hehe.

Pada aku, panggung wayang paling meletup sekali kat Malaysia ialah BIG cinemas tetapi tak banyak sangat. Aku pernah jumpa kat Kuantan dan Kepong je. Hampa la jugak. Option kedua aku ialah CINEPLEX tapi itu pun kurang jugak. Mungkin bajet dorang tak besar kot. Dulu-dulu aku suka gak tengok kat GSC tapi sekarang dah kurang la. Makin tak best. Tak tahu apa apa.

Logo BIG cinemas
Dalam banyak-banyak pawagam, yang paling sial, tiket mahal, seat tak best dan sempit, pada aku ialah TGV. Serius. Kalau tengok kat JUSCO Bukit Raja, Klang, diorang sanggup menyeksa customer diorang dengan seat yang macam taik semata-mata duit. Tiket dah la paling mahal antara semua. MBO aku pernah pergi sekali je, itu pun seat macam taik.

Aku lahir kat Kelantan. Family aku sekarang menetap kat Kelantan. But one of the reason why i doesnt work at Kelantan because kat Kelantan takde pawagam. Serius dude. Agak kecewa la jugak. Tapi mungkin ada masalah. So, aku tak siasatla kenapa takde.

Ok r, sebelum aku mengarut panjang-panjang. Aku nak nasihat pada orang yang tak reti nak tengok cerita kat panggung, tolong jangan tengok. Belajar dulu tengok, baru pergi tengok. What im saying man? Ngarut dah ni.

p/s : Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang rimau mengaumm.

Sunday, May 27, 2012

21.Drag Racing kat Himpunan Belia


Ramai yang salahkan pihak penganjur kerana tak sediakan sistem keselamatan yang bagus. Ada beberapa blog mengatakan ianya seperti mentaliti Third World Country. Aku taknak ulas pasal mende tu.

Tapi satu je, memang sukan bermotor ini bahaya. Semua yang masuk patutnya sedar benda-benda ini. Kalau korang taknak terlibat dalam accident, jangan tengok, jangan terlibat. kalau tak suka? Dari awal-awal lagi masa zaman sebelum sukan bermotor popular kat Malaysia. korang halang. Tak lahir lagi? Halang sekarang la.

Masing-masing tunjuk bagus lepas benda dah jadi. Baik sana, baik sini, baik situ. Semua sama.


Seriau aku tengok video kereta tu langgar. Aku harap yang terbaik untuk para mangsa.

p/s : Jangan meyalak lepas benda dah jadi.

Saturday, May 26, 2012

20. Lagi Tua Lagi Ngarut


Tak tahu apa nak jadi, nak dijadikan kisah. Ada satu group aku follow dalam facebook, ada kaitan dengan bidang pekerjaan aku. Buat group dalam facebook, aku follow daripada mula-mula group itu nothing, orang kata baru nak menapak. Memang aku sekadar silent reader dalam group tersebut. Makin lama, makin ramai yang follow group itu termasuklah orang-orang tua.

Dan paham-paham jela orang tua ni, apa yang diorang nampak hanyalah duit. Ya, duit. Kenapa aku kata macam itu? Mula-mula suruh daftar, pastu minta duit kerana nak berdaftar. What the hell? Aku ada minta korang daftarkan untuk jadi persatuan ke? Ini semua mengarut. Minta duit orang, RM100 setahun. Apa ini? Nak duit atas angin ke? Come on la bro. Aku sampai sekarang tak nampak apa pengisian korang buat dengan orang berdaftar. Buat makan-makan? Bagi sticker? Lagi?

Yang paling tak boleh blah, jenis sekarang, tak daftar taknak layan. What the shit is going on? Itulah orang kata, sekarang duit lebih dari segala-galanya. Kau nak ilmu? Daftar dulu. Something fishy kalau tengok betul-betul.

Ada lah sesetengah membontak dalam itu membanding dengan kad jusco la apa la. Walaupun jusco ada jusco day tetapi mereka tetap ada diskaun pada orang yang takde jusco kad. Itu point aku. OK, aku dah mengarut.

Semoga berjaya kepada group tersebut. Aku nak tengok sampai bila korang boleh bertahan. Yela, konon kata lepas daftar nampak gah la ape la kan. Kita tengok jela.

p/s : Orang tamak selalu rugi. Jangan jadi seperti anjing dan bayang-bayang.

19. Dua JIwa Satu Rumah


Boleh dibaca di sepenaraya.blogspot.com


Seperti biasa, aku tunggu dia pulang. Aku suka tatap wajah dia, sangat cantik ketika baru pulang dari pejabat di mana tempat dia bekerja. Tak tahu la pulak kat mana dia bekerja, dia tidak pernah walau sekali mengajak aku ke tempat dia. Aku pun hanyalah menumpang di rumah dia.

Pernah aku cuba mengikut dia ke pejabat dia tetapi dengan selamba dia menghalau aku dengan pelbagai cacian, makian dan hinaan yang boleh keluar daripada mulut dia.

"Sial la, yang kau nak ikut aku apahal. Dahla busuk, aku tendang jugak nanti kau ni. Blahlah." Kata-kata dia setelah aku tapis, takut tak lepas bila LPF tapis. Aku terasa sungguh hina apabila dia mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sungguhpun begitu, aku masih sayang pada dia. Tak pernah berkurangan walaupun sedikit.

Ding, ding, ding, ding, ding, ding. Enam kali jam di rumah ini berbunyi, tandanya sudah pukul enam petang. Biasanya dia akan pulang pada waktu ini. Kang! Bunyi pintu dihempas. Sah, dia sudah balik.

"Darling, mana you? I ada bawak makanan untuk you ni." Tanya dia kedudukan aku. Memang kebiasaannya dia akan membawa pulang makanan untuk aku. Dia tahu makanan kegemaran aku ialah ikan goreng dan itulah makanan yang kebiasaannya dia bawak balik. Ada la sesekali dia bawak ayam goreng. Aku tak kisah, asalkan perut aku kenyang.

Lepas bagi aku makanan, biasanya dia akan mandi. Dia masuk dalam bilik, salin pakaian dengan tuala kecil menyeliputi tubuh dia. Aku suka tengok tubuh dia. Ya, orang kata darah muda lagi, tubuh pun mestila mantap. Aku pun jantan. Rugila kalau tak tengok. Dah dia yang tunjuk, bukan aku yang paksa. Pelik jugak aku, tak malu ke dia? tapi peduli apa, tubuh dia bukan tubuh aku. Aku sendiri tidak pernah berpakaian dalam rumah ini.

Aku cepat-cepat habiskan makanan aku kerana aku tiba-tiba merasa ingin mandi bersama dia. Habis makanan, aku berlari ke arah bilik mandi. Seperti berada dalam syurga keadaan dalam bilik mandi itu. Aku dan dia tidak berpakaian, mandi bersama. Dia akan gosokkan badan aku dengan sabun Lux warna putih kesukaan dia dan aku. Wangi badan aku. Aku cuba gosok badan dia pula tetapi dihalang. Mungkin kerana kuku aku yang tajam.

Selesai mandi, dia akan gosokkan badan aku. Syoknya perasaan ini. Aku berharap semoga keadaan ini berkekalan selama-lamanya. Selepas mandi, dia akan membuka komputer riba keluaran acernya untuk melayari internet. Wallpaper dia memeluk aku terpampang di muka screen komputer riba dia. Aku sanggat suka.

Bibir dia mengukir satu senyuman yang manis tatkala melihat laptop dia. Kadangkala gelak ketawa, kadangkala pula menangis sendiri. Aku biarkan sahaja dia dengan dunia komputer riba dia sendiri. Memang aku cemburu melihat dia bersama rakan-rakan dia, tetapi aku cuma menumpang sahaja di rumah dia. Tak mungkin aku ada hak untuk menyibukkan diri.

Teringat aku pertama kali melihat dia. Ketika itu, aku keseorangan di sebuah sresen bas, kesejukan dan kelaparan. Dia terlihat aku ketika itu, lalu meng'offer'kan diri untuk tinggal bersama dengan dia. Begitu mudah bukan? Mungkin kerana aku ini sangat comel padanya.

Cuma, setelah tinggal bersama dengan dia, tidak pernah pula aku dibawa kemana-mana. Aku dikurung sendirian dalam rumah dia. Sedih. Aku sendiri tidak faham kenapa dia bertindak sedemikian. Satu saat dia sangat baik padaku, satu saat dia serupa manusia tidak berhati perut. Kenapa semua ini terjadi?

Ting tong, ting tong. Dua kali loceng rumah dia berbunyi lalu dia ke pintu rumah dan menjemput rakan dia masuk ke dalam rumah. Seorang perempuan, lebih cantik, mungkin sebaya dengan dia. Masuk sahaja kawan dia, nampak aku yang tidak berpakaian, serta merta mengangkat aku.

"Sue, cantiknya kucing you ni. Bulu dia halus je. You bagi makan apa ye?" Tanya kawan dia kepada dia. Tangan bermain dengan bulu-bulu di badan aku.

"I bagi makan ikan je, kadang-kadang jela I bagi makan ayam. Pasal bulu dia itu, masa I jumpa dia kat bus stop hari itu lagi memang dah halus macam itu. Sebab tu je I ambil dia bawak balik rumah." Jawab dia selamba.

18.Pandangan Daripada Dia


Seperti dalam sepenaraya.blogspot.com

Kelas aku riuh dengan pelbagai gelagat rakan kelas aku yang lain. Ada yang main bola pakai kertas lipat-lipat. main kejar-kejar pun ada, boleh pulak pusing satu kelas. Yang best, ada yang dah nak jadi geng Melodi, ala yang rancangan hiburan main terjah-terjah artis itu. Cuma yang ini gosip pasal budak-budak darjah 6 sahaja. Suka hati kau orang la, masa cikgu tiada la nak buat macam ini.

Aku, seperti biasa mentelaah buku yang ada. Tahun ini aku nak ambil UPSR, kononnya nak dapat keputusan yang bagus. Boleh aku masuk sekolah asrama penuh. Tak nak masuk sekolah biasa-biasa, nanti mummy tak nak bagi basikal BMX baru. Tak best. Aku seorang je yang naik basikal yang ada bakul kat depan, dahla warna ungu. Tak 'raged' la budak-budak kata.

Tengah sibuk mentelaah buku latihan matematik, subjek kegemaran orang kata, aku boleh terpandang pada sepasang mata yang tepat menuju ke arah mata aku. Pergh, dia pandang aku. Tak boleh aku tengok lama-lama. Mata aku alih balik ke arah buku latihan matematik. Tau tak kenapa? Dia 'hot. Dalam sekolah aku, tiada sesiapa boleh lawan ke'hot'an dia. Dan kali ini dia pandang aku.

Siapa dia? Zura. Nama pun dah hot. Kalau tengok mata, Boleh tak tidur malam,. Badan dia, macam Abby Abadi. Dah dia je artis yang hot time zaman Y2K ini. Padahal baru darjah 6 budak Zura ini. Apa jamu mak dia bagi pun aku tak tahu. Kalau surat cinta bawah meja, jangan kata seminggu, tiap-tiap hari ada sahaja yang baru. Aku syak yang mak dia bagi susuk kat budak Zura ini la.

Tapi itu semua aku tolak ke tepi, sekarang pandangan mata Zura sangat tepat ke arah aku. Ya, aku, seorang budak darjah 6 yang sedang mentelaah buku latihan matematik, ingin mendapat basikal BMX baru jika mendapat masuk asrama penuh tahun hadapan. Jantung aku, jangan nak katala. Tak henti berdegup sejak aku ternampak anak mata Zura. Dup dap,dup dap, dup dap. Aku ketuk-ketuk sikit jantung aku, konon boleh perlahankan deguapan jantung akula kan.

"Nizam, kenapa muka merah gila?" Tanya Amri. Sial betul Amri ini. Aku tengah layan perasaan la, Zura tengah pandang aku. Aku tetap tak jawab soalan Amri. Aku biarkan dia dengan soalan dia. Aku dalam dunia aku. Melayan perasaan seorang diri.

"Zura, sudikah engkau mengahwini diri aku?" Soal aku seperti P.Ramlee bertanya pada Saloma dalam cerita zaman dulu-dulu. Aku masih dalam khayalan aku. Woi, aku muda lagi la. Dah sampai nak kahwin itu kenapa. Gila betul kepala otak aku masa itu. Orang tua pun dah kata, Cinta itu buta. Cuma sekarang, cinta bukan buat aku buta, tapi buat aku jadi gila bayang.

"Nizam, aku tengok dari tadi kau asyik pandang buku itu, tapi tak gerak-gerak pun. Tangan pun tak buat apa-apa. Muka merah, pelik la kau ni Nizam." Sekali lagi, Amri menyibukkan diri kononnya mengambil berat tentang aku.

"Janganlah kacau aku." Jawab aku ringkas kepada Amri. Dia tergaru-garu rambut yang belah tengah ala-ala Tomok, artis kumpulan New Boyz. Nyanyi tangkap leleh orang kata. Aku biarkan dia lagi.

Aku toleh mata aku balik kepadaZura, mata dia tetap ke arah aku. Sudah, takkan lah dia tangkap syok kat aku. Lama betul dia pandang aku. Dekat lima minit dah ini. Memang pada manusia biasa, lima minit itu sekejap tetapi pada si angau macam aku sangatlah lama tempoh itu.

Tak boleh jadi, aku kena tanya juga kepada Zura, kenapa dia pandang aku. Untung-untung dia luahkan perasaan kat aku depan orang ramai. Biar semua orang tahu siapa Nizam sebenar. Bukan sahaja seorang budak yang suka mentelaah buku yang ingin masuk sekolah asrama penuh kerana inginkan basikal BMX baru.

"Zura! Kenapa kau asyik pandang-pandang aku dari tadi?!" Jerit aku kepada Zura yang selang beberapa meja dengan aku. Dia kerut mata. Ah sudah, kenapa pulak ini.

"Bila masa aku tengok kau? Aku tengok almari kat belakang kau. Ada jadual kelas, aku tak ingat." Jerit Zura dengan muka selamba. Hahahahahahaha! Satu kelas gelakkan ke arah aku. Aku masa itu, muka mantain merah tapi kali ini merah sebab malu. Sial punya Zura.

"Mesti kau tengok Nizam sebab dia hensem kan?" Amri cuba membetulkan keadaan. Tapi Zura makin mengerutkan mata. Tiba-tiba semua senyap.

"Bangun semua. Asalamualaikum cikgu!" Jerit ketua kelas aku, Joe. Nasib baik Cikgu Asmawi masuk menyelamatkan aku dalam keadaan malu. Takpe Zura, aku tahu kau malu nak ngaku depan budak kelas. Petang nanti aku bawak aiskrim conneto untuk kau masa pulang ke rumah.


17.Jika Accident


Pernah tak korang accident? Atau nampak accident depan mata? Hari itu, aku masa on the way nak pergi Pejabat Tanah Petaling, betul-betul depan mata aku berlaku accident.

Seorang pembawa motorsikal tiba-tiba keluar dari satu simpang tanpa berhenti dilanggar sebuah kereta dibawa pemandu muda. Aku syak pembawa motorsikal itu mabuk di siang hari berdasarkan bau mulut dia. Dia dilanngar sehingga keluar dari muka tetapi masih boleh berjalan mungkin impak dari perlanggaran tak teruk sangat.

Tiba-tiba, pemandu muda itu bertanya pada aku

"Nak call siapa yeh?" Masa itu baru aku terfikir yang aku tak tahu apa patut aku buat jikalau berlaku accident depan mata. Aku cuma boleh memberi cadangan untuk call 999 iaitu nombor jikalau berlaku kecemasan. Tak tahula apa yang terjadi kemudian kerana aku perlu ke pejabat tanah secepat mungkin.

Balik dan pada malam itu, aku memikirkan apakah caranya untuk mengetahui apa perlu dilakukan jika berlaku accident depan mata. Aku terfikir call pihak polis tetapi bukankah itu menggangu kerja mereka. Setelah penat berfikir, aku cuba memasuki laman web PDRM tetapi gagal. Aku cuba pula laman facebook PDRM, dapat.

Di situ, aku bertanya

'nak tanya. kalau berlaku kemalangan. Apa perkara pertama patut saya buat ketika berada di situ? telefon 999 utk bantuan ambulans, polis or lain2? atau selesai perkara tersebut di situ sendiri seperti membawa mangsa ke hospital atau klinik berdekatan sendiri?tq'. 


Setelah beberapa hari aku medapat respon, mungkin daripada pegawai polis sendiri, Mohamad Samsudin iaitu 


Jika perlu encik boleh bawa mangsa ke hospital dan klinik bdekatan dan segera mbuat laporan di balai polis bhmpiran tntang kejadian utk tindakan slanjutnya..(ini cadangan saya)

dan

Ambulans belum tentu smpai tepat pada masa dgn keadaan mangsa yang kritikal melibatkan nyawa serta mmerlukan rawatan segera..jadi encik mungkin boleh buat cadangan yang saya syorkan demi kselamatan mangsa.. ♥

Tak tahula aku tujuan hati diletakkan di situ.

Bukti.

Wednesday, May 23, 2012

16.Merokok


Aku tak merokok, oleh itu aku tak tahu apa perasaan perokok baik yang baru nak mula menghisap rokok, yang kadang-kadang hisap tak hisap pun takpe, yang perokok tegar dari kecik lagi dah hisap rokok ataupun yang sedang ingin berhenti.

So, tak adil jika aku mengatakan sesuatu bagi pihak perokok tetapi aku boleh mengatakan sesuatu bagi pihak bukan perokok seperti aku.

Jujur dalam tersimpan jauh di lubuk hati aku, aku memang sangat salute pada perokok. Kenapa aku salute pada perokok? Banyak sebab. Yang paling boleh kita tengok ialah kerana antara perokok-perokok yang sedia ada ini, mereka sangat mudah mendapat kawan baru apabila berada di tempat baru. Mereka cuma perlu bertanya "ada lighter tak bro?" atau "rokok bro?". Dengan begitu mudah, mereka boleh menjadi kawan. Mereka juga tidak terlalu kedekut kerana sanggup memberi rakan perokok sebatang rokok. Kalau korang perasan, yang mana mereka ini semua selalunya mesti ada duit untuk membeli rokok walaupun betapa sesaknya mereka.

Aku juga pernah terbaca, para perokok mudah mendapat idea ataupun mudah belajar jika menghisap rokok. Idea takde? Hisap rokok dulu. Tak boleh ingat masa belajar? Hisap rokok dulu. Dengan mudah idea datang, dengan mudah apa yang dipelajari datang. Cemburukah aku? Ya, aku sangat mencemburui mereka.

Tetapi tidaklah aku menggalakkan sesiapa yang tidak merokok untuk merokok. Dalam aku salute pada perokok yang ada, ada beberapa perkara aku tidak suka pada sesetengah perokok. Apa yang aku tak suka? Kadang-kadang ada sesetengah perokok ini tak respect langsung pada bukan perokok. Contohnya di kedai makan, dengan selamba je menghembuskan rokok ke arah orang lain, kalau tak sengaja takpe, ini dengan selamba macam sengaja. What the f is that?

Selain itu, ada yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kalau korang perasan, kebanyakkan tempat-tempat awam sekarang tidak membenarkan orang merokok seperti taman rekreasi, terminal bas, hospital atau klinik, masjid atau surau, fasiliti bersukan seperti futsal dan badminton, pusat membeli belah dan lain-lain tempat seadanya. Jangan kata susahla nak cari, korang boleh jumpa orang merokok di tempat-tempat seperti ini tanpa rasa bersalah langsung. Ya, aku tahu korang terasa nak merokok tapi come on la, ikut jela peraturan itu.

Yang paling aku tak suka sikap yang ada pada perokok ialah kerana ada antara mereka ini busuk dan pengotor. Aku tak kata semua. Hanya segelintir sahaja, tetapi biasalah orang tua memang berkata 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga' kan?

Pada aku, dalam situasi sekarang, kalau sama-sama antara perokok dan bukan perokok respect each others, kita semua akan merasa best. Katakan bukan perokok tidak mencemuh perokok kata macam-macam, perokok akan ok je dengan kita. Aku ada beberapa kawan yang merokok dan diorang sangat ok dengan aku. Tidak sengaja menghembuskan rokok ke arah aku atau paksa aku merokok. Dalam masa yang sama, kalau perokok respect pada bukan perokok, diorang takkan kata apa-apa pada perokok. Aku tak kisah kawan-kawan aku merokok asalkan tidak melakukan sesuatu kepada aku dengan sengaja apa yang aku tidak suka.


p/s : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sunday, May 20, 2012

15. Bahasa Negeri


Baru-baru ini aku ada memberi comment di profile kawan aku, Nana. Antara bestfren aku yang boleh kutuk-kutuk or apa-apala. So, satu jam itu, aku ingin mengatakan sesuatu dalam nada bergurau bagi seorang remaja. Aku mengatakan 'Gampang apakah ini?' yang mana pada aku ianya hanya ungkapan biasa yang lebih kurang bermaksud 'Apa kejadahnya semua ini?' atau yang sama maksud dengannya. Tetapi aku mendapat tahu sesuatu yang aku sendiri tak suka daripada Puan Norma, mama kepada Nana. Dia mengatakan anak gampang itu bermaksud anak haram jika digunakan di negeri Perak. Saya meminta maaf ye Puan Norma.

Aku betul-betul tak tahu maksud anak gampang itu kat sana, walaupun asalnya aku menggunakan hanyalah perkataan gampang. Cuma untuk mendapatkan maksud lain, mungkin untuk negeri-negeri lain, aku mencari maksud perkataan gampang di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka mengatakan selain daripada anak haram jika digabungkan dengan perkataan anak, gampang juga bermaksud mudah, enteng, tidak bersungguh-sunggu atau semaksud dengannya.

Apa-apa pun, aku ingat aku dah tahu segalanya tentang Malaysia. Rupanya aku hanya seorang yang bodoh sombong barangkali. Banyak lagi perkara yang aku tak tahu. Mungkin aku kena banyak pergi tempat orang.

Terima kasih kerana menegur dan minta maaf kerana menggunakan perkataan itu.

p/s: Jangan bongkak, carilah ilmu sehingga ke negara China.

14.Tau tak?


Yang botol Spritzer sekarang dah lembut?hehe. Jadi bila korang minum air mineral, korang boleh pulas bagi kecik lepas itu baru buang dalam tong sampah. Untuk apa korang tanya? Kalau korang buat camtu, botol tersebut tak pakai banyak ruang dalam tong sampah. Kalau biasa-biasa boleh muat 10 botol, lepas pulas mungkin 20-30 boleh masuk dalam tong sampah. Tak lah membazir plastik sampah. Mungkin agak remeh pada sesetengah orang, tapi tak salah pun kalau korang buat.

Bagaimana nak pulas? Gini je.

video
Sorry, tak reti nak rotate video.
Tak susah kan?selamat mencuba.

p/s: Jangan kedekut.

Thursday, May 17, 2012

13.Percubaan pertama menulis cerpen


Ini adalah percubaan pertamaku menulis sebuah cerpen yang diletakkan dalam blog SePena Raya yang bertajuk 'SUPERHERO!'. Mungkin pada sesetengah orang, cerita tampak bodoh atau kebudak-budakan. Ya, tapi siapa kata tiada manusia yang seperti ini? Cuma di Malaysia belum ada lagi. Terimalah daripada aku

SUPERHERO!

"Kali ni aku dah nekad. Apa-apa nak jadi pun aku tak kisah dah."

Hati aku keras untuk menjadi seorang superhero di bandar Kuala Lumpur ini. Jenayah jadi kat depan mata pun, semua buat tak tahu. Semua kecut telur bila nampak ada kes ragut, kes culik, kes rompak dan lain-lain kat depan mata. Yang tak boleh blah, ada yang buat-buat tak nampak je bila jadi depan mata. Orang gini yang patut kena bukan orang lain. Sial betul penjenayah sekarang, tak pandai pilih mangsa.

Aku sendiri pernah jadi mangsa, kes rompakan bersenjata lebih kurang setahun yang lalu. Masa itu, aku sedang tunggu bestfriend aku, Aqim di stesen bas Jalan Pekeliling. Malam, masa itu mana la ada pengakutan awam dah selain teksi. Kalau nak kena cekik, sila la pakai teksi. Tengah aku sorang-sorang tunggu Aqim tu la, tiba-tiba datang 3 orang yang boleh dikatakan tough gila dengan pisau rambo datang ke arah aku.

"Woi, lu ni duduk sorang-sorang ni, tak takut ke?hahaha!"
salah seorang daripada mereka yang berparut kat tangan jerit ke arah aku sambil tergelak-gelak tanpa sebab yang kelakar.

"Takde bang, saya tengah tunggu kawan saya ni."
aku jawab dengan muka yang penuh dengan kecuakan.

"Camni jela, baik lu bagi je semua yang ada kat lu sekarang, senang cerita tapi kalau lu nak susahkan cerita pun boleh. Hahahaha!"

yang berparut tu memberi arahan ke arah aku sambil menayangkan pisau rambo dia, juga gelak tanpa sebab kelakar. Macam tajam. Gila aku nak lawan? last-last aku bagi jela apa yang ada. Nasib baik aku dari Kuantan tu pun tergesa-gesa. So, laptop aku tinggal, pakai pun selipar cap gajah je. Lepas tu diorang terus tinggalkan aku.

Yang tu baru sikit kena kat aku, tu yang lain-lain?mangsa rogol, mangsa ragut?mangsa culik?mangsa rasuah?berapa banyak mangsa kan tapi masyarakat kita?buat tak tahu jela. Ekoran dari peristiwa aku dirompak itu,aku mula memasuki Gym untuk mensasakan tubuh aku seperti Superman dalam filem Hollywood. Dalam masa yang sama, aku telah mempelajari seni mempertahankan diri.

"Shah, kenapa main gym tiba-tiba ni? Dahla Shah masuk kelas mempertahankan diri pulak tu. Seorang diri lagi."

Mama tanya ketika bersarapan bersama-sama. Bukan itu sahaja, malahan ahli keluargaku yang lain juga tertanya-tanya. Rakan-rakanku yang lain pun tidak ketinggalan untuk mempelikkan diri masing-masing. Aku? Tak pernah jawab satu soalan pun daripada diorang tentang perkara ini.

"Kostum aku pulak?nak buat sendiri ke cari dalam internet je macam Kick-Ass buat dalam filem tu ek?"

Pening jugak aku memikirkan kostum aku. Ya, kostum, setiap superhero memerlukan kostum untuk menyamar ketika melakukan tugasan ataupun hanya untuk nampak tough je? Entahla. Setelah lama memikirakn tentang kostum, aku membuat keputusan untuk hasilkan sendiri je kostum. Bukan payah pun kan. Aku akan buat topeng penutup kepala seperti Batman yang mana akan menutup segala kepala aku selain bahagian mulut sahaja dan tanpa 2 benda tajam itu. Sut badan, aku mendapatkan baju kali peluru yang telah direka seperti badan aku mempunyai six pack daripada internet. Jangan tanya bagaimana aku dapat baju tersebut, itu antara rahsia superhero. Seluar? Geli pulak aku nak pakai yang melekat-lekat dengan kulit aku. Aku pakai seluar jeans jela. Kasut pula, aku cari sepasang kasut yang tahan lasak, high cut dan mudah disarung. Lengkap kostum aku.

Untuk menjadi superhero tanpa super power yang berjaya, aku seharusnya mencontohi Batman. Batman ni, memang power dalam bab lawan-lawan dengan musuh dia tetapi Batman tetap mempunya senjaya sebagai backup kepada dia. Jadi aku juga memerlukan senjata.Nak pakai pistol? Dahla susah nak dapat, kena ada lesen pulak tu. Kang kantoi la kalau aku ada pakai masa tembak musuh-musuh aku. Nak senang cerita, aku pakai bat besbol dan spray yang boleh sakitkan mata.

Har ini, genap satu tahun aku dirompak. Hari ini, adalah debut pertama superhero pertama di bandar Kuala Lumpur. Namanya ialah Lelaki bertopeng Hitam. Aku akan membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan TAR, KLCC, dan di mana-mana sahaja yang mangsa perlukan. Aku akan menggunakan sebuat motorsikal yang diubahsuai daripada motorsikal jenis Harley-Davidson. Baru nampak cool. Motorsikal aku juga akan dipasang sebuah radio yang telah menembusi sistem polis supaya aku mendapat berita-berita terkini semasa rondaan.

Rondaan pertama akan aku lakukan di sekitar Bukit Bintang. Dengar cerita sini banyak geng-geng kongsi gelap. Aku ternampak sekumpulan orang dalam satu kereta yang lagak mereka seperti ingin melakukan sesuatu. Aku ekori mereka sehingga sampai ke satu tempat, mereka parking ke sebelah jalan berdekatan sebuah bank di Jalan Sultan Ismail. Aku berhenti berdekatan dengan mereka untuk memerhatikan mereka. Sedang aku perhatikan, tiba-tiba datang seorang pakcik. Gaya seperti seorang guard di bangunan sebelah, memakai baju berwarna putih, ada lambang guard, seluar licin, kasut kulit licin berjalan ke arah sambil mengacu shotgun yang dipegang kemas takut terjatuh.

BANG!BANG!

Dua kali tembakan dilepaskan ke arah aku. Aku terjatuh dan kesakitan.

"Pakcik! Saya bukan penjenayah. Saya superhero la pakcik."

Aku cuba berkata-kata dalam kesakitan. Walaupun aku memakai sut badan kalis peluru tetapi kalau dua kali tembakan dilepaskan menggunakan shotgun, siapa tak sakit? Aku cuba berdiri untuk melarikan diri daripada pakcik guard tadi tetapi kali ini pakcik bertindak lagi. Bang!

..................................................................................................................................................................

Buletin Utama Jam 8.00 Malam

"Seorang perompak berjaya dibunuh oleh guard dengan menggunakan senjaya shotgun di sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail. Dilaporkan suspek menggunakan motorsikal jenis Harley-Davidson yang telah diubahsuai, memakai topeng hitam dan membawa senjata bat besbol."






dan jangan lupa membaca cerita-cerita lain di blog http://sepenaraya.blogspot.com. Terima kasih.

Wednesday, May 16, 2012

12.Pasukan BolaSepak


Seperti yang diberitahu sebelum ini, aku minat tengok bola sepak. Aku juga dengan mudah boleh meminati pasukan bola sepak. Aku meminati Manchester United pada tahun 1998-1999 tahun selepas Piala Dunia 98 di France, di mana Perancis memenangi Piala Dunia pada tahun tersebut. Im a small boy masa tu, darjah 4, apa yang aku tahu? Aku tahu ada pasukan yang power selalu keluar berita kat tv masa itu, Manchester United. Main game Fifa masa itu pun, aku cuma kenal David Beckham, main di Manchester United. Aku mula minat Manchester United sejak itu.
Logo Man Utd
Korang tahu tak? Aku bukanlah reti main bola, so aku tak ambil tahula sangat team-team lain. Masa aku kecil, iaitu ketika Piala Dunia 98 itu juga, aku memiliki satu jersey bola pasukan Italy, ya, Italy dan tak silap ingatan aku yang dibantu wikipedia, Italy memasuki suku akhir menentang pasukan France. Itulah pertama kali aku menyokong pasukan bola sepak. Itulah pertama kali aku mengingati sepakan penalti di mana Italy kalah kepada France. Remuk gila hati seorang budak berumur 10 tahun yang menyokong pasukan Italy hanyalah kerana mempunyai jersey Italy.
Logo Italy
Dan, selepas itu aku tak ingat langsung pasal bola sepak sehinggalah aku memiliki Playstation One. Di mana, aku mempunyai satu game Pro Evolution Soccer yang versi awal-awal ntah betul punya atau tidak. Aku mengambil team Italy dan kalau korang nak tahu, aku main ambil player. Player tersebut ialah Francesco_Totti yang mana ketika itu, dia suam-suam kuku je pun. Sekarang, dia adalah legenda bagi pasukan bola sepak Italy dan antara yang memenangi Piala Dunia 06 di Germany.
Francesco Totti
Aku terus meminati pasukan bola sepak Manchester United dan Italy hingga kini. Kadang kala jela berubah hati mengikut keadaan. Contohnya, Italy dah kalah, takkan la aku nak sokong pasukan itu sehingga habis pertandingan itu? So, aku pilih la team-team lain seperti Belanda, Greece dan England (sebab EPL famous je). Untuk liga negara lain, Spain berubah-ubah kerana nak gaduh dengan kawan aku je, Italy semestinya Juventus walaupun beberapa player je aku kenal sekarang lepas kes skandal rasuah beberapa tahun yang lalu. German, Borussia Dortmund kerana aku tak suka Bayern Munich sekarang. Negara-negara lain aku tak layan kerana tak famous kat Malaysia. Jujur jela dengan hati masing-masing.

Selain itu, pada 2010 pula, aku bermain FIFA 10. Pasukan paling aku suka selepas Manchester United ialah Tottenham Hotspur yang bermain di dalam EPL juga. Kenapa aku suka team ini? Sebab diorang laju, itu sahaja. Dan pasukan ini juga meningkat sedikit demi sedikit tanpa bantuan kewangan seperti beberapa team lain. Mereka ada pemain yang betul, manager yang betul, strategi yang betul. Itu sahaja.
Logo Tottenham Hotspur
Tetapi orang kata, Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung. Kenapa? Walaupun hati aku minat team luar negara, namun siapa kata Liga Malaysia aku tak layan? Pada zaman Piala Dunia 98, aku meminati pasukan bola sepak negeri Perak kerana tak nak sama dengan abang aku yang minat Selangor. Aku benci Selangor kerana diorang bongkak sama macam sebuah team di EPL. Kemudian, aku mula memasuki POLISAS dan ya, mama pindah ke Kelantan.
Logo Perak
Hati aku mula berubah hati pasukan bola sepak negeri Kelantan walaupun ketika itu pelbagai harungan terpaksa diorang tempuhi baik dari segi media, peminat dan lain-lain. Tapi aku pun tak tunjuk sangat yang minat Kelantan ini.Haha..
Logo Kelantan sekarang
Dan semestinya hati aku ini hanya ada satu pasukan negara terletak di atas dinaungi oleh seorang presiden yang dah lama berada di atas tapi tidak pernah terasa di hati ingin turun. Apa lagi kalau bukan Malaysia. Hati aku pedih ketika orang mengutuk pasukan ini walaupun memang mereka bermain teruk ketika itu. Hati sedih apabila ramai tidak menyokong pasukan negara Malaysia. Tapi kini, sejak menang Pestabola Merdeka 07, diikuti dengan Sukan Sea 09, Piala AFF 2010 dan yang terakhir ialah Sukan Sea 2011. Baik dari skuad senior dan bawah 23 tahun.
Bendera Malaysia
Logo FAM
Biarlah orang nak kata aku ini glory hunter, lalang, tak tetap pendirian atau pun apa. Aku bukanlah peminat kipas-susah-mati sesebuah pasukan bola sepak kecuali Malaysia. So, aku punya suka lah nak tukar ke apa ke. Aku berharap sebelum aku mati, Malaysia akan dapat bermain di dalam Piala Dunia atau mungkin menang Piala Dunia. Mana kita tahu, tapi dengan corak liga kita sekarang? Korang boleh tengok sendiri la.

p/s : Di mana buni dipijak, Di situ langit dijunjung.

11.[Sila SEBARKAN sehingga sampai ke pembacaan jurulatih Negara, Dato K Rajagobal]


Diambil daripada BolaSepak Malaysia






[Sila SEBARKAN sehingga sampai ke pembacaan jurulatih Negara, Dato K Rajagobal]
Selamat sejahtera kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Dato K Rajagobal.
Pertama sekali tahniah diatas kejayaan Dato membuka mata Dato dengan memberi peluang kepada beberapa pemain yang telah mempamerkan aksi yang baik dalam Liga M dan Dato telah menyenaraikan mereka dalam skuad kali ini bagi menghadapi 3 perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A pada bulan Mei dan Jun ini.
Kedua,sehingga kini saya masih bingung mengapa Dato tidak mahu memberi peluang kepada kapten pasukan Kelantan,Badri Radzi di dalam skuad Negara. Sedarkah Dato bahawa kemantapan prestasi pasukan Kelantan adalah dibahu pemain kecil molek ini yang merupakan nadi pasukan Kelantan?
Saya faham mungkin Dato akan mengatakan “OKS dah beri peluang ketika skuad Harimau Muda a.k.a Skuad Olimpik dan Sukan Sea bertemu Chelsea pada Julai 2011 yang lalu tetapi Piya(nama timangannya) gagal dan tenggelam punca dalam pertemuan itu sedangkan Shahrul Nizam dan Norhafiz Zamani Misbah serta S Subramian lebih cemerlang”.
Namun,sedarkah Dato bahawa pertemuan itu Dato tidak boleh 100% menilai prestasi Piya berdasarkan perlawanan tersebut dimana pertemuan itu bukanlah untuk menilai kebolehan pemain tetapi lebih kepada proses menimba pengalaman. Saya bukan penyokong pasukan Kelantan ya,tetapi  saya sedang bercakap atas kapasiti penyokong arena Bolasepak Malaysia.
Dato juga tidak boleh membandingkan prestasi Piya dengan Arul dan juga Norhafiz mahupun Subra kerana mereka bertiga itu sememangnya adalah bekas dan masih bermain dengan skuad Negara sedangkan Piya tidak pernah lagi mewakili Negara sebelum ini. Namun saya sudah bersedia untuk menerima ayat popular daripada Dato, “saya kenal para pemain saya”.
Walaubagaimanapun itu adalah hak Dato yang mempunyai lesen untuk menilai lebih bijak siapa pemain yang boleh dan tidak boleh bermain dalam taktikal Dato. Namun saya ada satu cadangan untuk Dato kerana Dato sering menggunakan pemain-pemain yang hampir sama dalam sesebuah perlawanan.
Dato,
Saya amat berharap Dato dapat memberikan semua pemain yang dipanggil kali ini agar mereka dapat menimba pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. Kebiasaannya Dato hanya menggunakan 18 pemain sahaja daripada 25 pemain yang dipanggil dalam sesebuah perlawanan bersahabatan.
Saya mencadangkan agar Dato menurukan kesebelasan utama di separuh masa pertama dan apabila tiba separuh masa kedua,Dato terus menukar 11 pemain utama tadi dengan 11 pemain simpanan ditambah dengan beberapa lagi pertukaran pemain yang masih ada dibangku simpanan seperti yang selalu dilakukan oleh pasukan luar Negara ketika perlawanan persahabatan pra musim.

Saya faham masalah kekurangan peluang dan ruang untuk semua pemain diberi peluang beraksi dalam satu perlawanan persahabatan. Tetapi kali ini ada 3 perlawanan persahabatan antarabangsa,maka kalau boleh saya mahu Dato membuat 2 set pasukan yang terdiri agar ada peluang sama rata untuk ke 25 pemain ini beraksi di pentas antarabangsa.
Sekian sedikit cadangan daripada saya,sebagai seorang penyokong biasa arena Bolasepak Malaysia. Segala pertimbangan dan budi baik Dato untuk menerima atau tidak cadangan saya ini saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca. Semoga berjaya mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012 dan paling penting misi Dato, Malaysia layak ke Piala Asia 2015 secara merit.
Yang benar,
(PECINTA BOLA)

Monday, May 14, 2012

10.Perasan Tak Best


Semalam ialah Hari Ibu sedunia. Seperti kebanyakkan insan-insan yang lain, aku wish kat Mama aku jugak. Cuba call tak dapat, aku hantar sms jela. Mungkin Mama terlalu sibuk dengan bekerja di pejabat beliau. Setelah sekian tak berapa lama sangat, Mama balas sms aku, cuba call aku tak angkat jugak, ketika itu mungkin dalam panggung wayang tengok 'Chow Kit'(sila tonton Chow Kit).

Aku pulang ke rumah, dalam nak naik tangga aku cuba call Mama sekali lagi, kali ini beliau angkat.
"Assalamualaikum, mama ada mana?" Pembuka kata oleh aku."Kenapa Mama call tadi?tak perasan tadi." Sambung aku.
"Waalaikumusalam, baru nak balik rumah. Tadikan alang call Mama, dah call baru perasan ada message tu" Mama menjawab.
"Hehe."Aku malu.
"Ni, Abah suruh masuk laman web UMK, mintak kerja kat situ" Mama sambung.

Duss. Hati aku tersentap.

"Kakngah dah dapat kerja tetap kat UiTM tu, tau dah ke?" Mama masih menyambung.

Duss. Makin tersentap. Apa yang tak best nya ialah aku hanya mempunyai segulung diploma. Hati aku masih ingin sambung belajar tetapi aku tak tahu apakah masih mampu untuk aku?


p/s : Jangan terlalu awal mengatakan sesuatu sebelum tiba masanya.

9.Man Utd Season ini

Memang menyedihkan aku.
Logo Man Utd
Aku peminat Manchester United. Kadang-kadang ada yang kate glory hunter la apa la. Aku membesar pada tahun Man Utd tengah power. Memang logik la aku minat team yang power. Ada sesetengah orang siap suruh hafal sejarah bagai. Itu bodoh nama dia. Untuk apa menghabiskan masa menghafal sesuatu yang tiada kena mengena dengan aku. Yes, aku cuba mengetahui segala apa yang boleh aku tahu. Tapi aku perlu mengorek segala-gala tentang pasukan yang aku minat semata-mata aku minat. Bodoh. Baik aku habiskan perkara yang lain. Aku tengok bola hanya untuk seronok, bukan untuk membuang masa. Kalau kau rasa kau perlukan habiskan masa mengetahui sejarah team itu, silakan, tapi jangan assume orang lain perlu lakukan apa yang kau lakukan.

Aku boleh minat sesuatu team sebab yang bodoh gak. Aku boleh minat bola sebab aku pernah ada jersey team tu masa kecik yang entah mana datang jersey tu pun aku tak tahu. Aku boleh minat team itu sebab memang aku ada kene mengena dengan team itu dari segala segi, dan macam-macam sebab.

Dan tahun ini Manchester United TIDAK memenangi apa-apa piala kecuali piala yang takde makna. Sedih siot. Aku dah happy gila masa referee dah tiup wisel bila tanda habis game. Boleh pulak Man City sumbat 2 gol lagi tengah masa tambahan. Gila babi orang kata. Apapun tahniah pada Man City kerana memenangi English Premier League.

Siapa kata bila Man Utd kalah fan akan meroyan? Aku rilek je. Siap ada penyokong-penyokong yang menang piala yang sakit hati dengan aku sebab konon nak sakitkan hati aku tak dapat. Sorry la der, gua bukan macam lu orang, tak boleh terima hakikat. Bukan seperti penyokong lain, bersorak kerana Manchester United season ini tidak menang apa-apa cup.

Tetapi aku tahu, itu yang seronok dalam bola sepak, membahan orang.haha..

p/s: Jangan menang bersorak tetapi kampung tergadai.

Wednesday, May 9, 2012

7. Bersih


Saja aku biar seminggu dulu baru nak cerita pasal Bersih ni (hahaha..). Aku nak cerita apa yang aku tahu pasal Bersih ni. Seingat aku dan info melalui wikipedia, Bersih ini bermula pada tahun 2007 tarikh 10 November. Aku ketika itu masih belajar di POLISAS, Kuantan dalam semestar ketiga yang mana sedang bersama-sama rakan kelas yang lain sedang beraya di rumah rakan-rakan di Kuantan. Aku yang masa tu sangat naif tentang politik sangat terkejut apabila mendapat berita daripada seseorang di Kuala Lumpur mengatakan terdapat perarakan yang telah menyebabkan jem yang sangat teruk. Malahan aku sikit pun tak percaya pada kata-kata itu pada mulanya. Namun setelah mendengar dan menonton berita di tv, barulah aku mula mempercayainya.

Dikatakan gambar Bersih1.0 yang diambil daripada internet.
Mereka menuntut 4 perkara pada ketika itu iaitu menggunakan dakwat hitam ketika pilihan raya, bersihkan nama-nama pengundi, hapuskan undi pos dan media yang adil di Malaysia. Kesemua tuntutan itu dimemorandumkan untuk diserahkan ke Yang Di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kesan daripada itu, aku mula mengikuti politik di Malaysia dengan lebih mendalam berbanding sebelum itu. Sebelum itu, aku hanya kenal Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin politik daripada pihak pembangkang di Malaysia. Kalau belah Kerajaan mestilah tahu, nama pun propoganda kat tv, suratkhabar, radio semua ada yang mana ketika itu Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Tun Abdullah Ahmad Badawi

opss..


Dan pada PilihanRaya Umum ke-12 (Mac 2008), Barisan Nasional telah kehilangan Negeri Selangor, Pulau-Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (jika dikira sebagai negeri) kepada pihak gabungan baru iaitu Pas, PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat. Barisan Nasional juga masih tidak dapat merampas Kelantan daripada Pas yang telah memimpin sejak tahun 1990 lagi. Bukan itu sahaja, jumlah kerusi Pakatan Rakyat juga telah meningkat di dalam Parlimen berbanding sebelum itu iaitu sebanyak 82 kerusi berbanding Barisan Nasional 140 kerusi. And then you guys know the rest what happen to our goverment, ini bukan tempat untuk aku cerita tentang itu.

Bangunan Parlimen Malaysia
Pada tahun lepas pula, iaitu untuk lebih tepat lagi pada tarikh 09 Julai 2011, pihak ini telah melakukan satu lagi perhimpunan dan dinamakan Bersih 2.0 kerana tuntutan mereka pada Bersih1.0 tidak dilayan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kali ini mereka menuntut 8 perkara tambahan 4 perkara daripada 4 perkara yang dituntut sebelum ini iaitu tempoh kempen pilihan raya selama 21 hari, isntitusi awam diperkukuhkan, korupsi dihentikan dan tiada lagi politik kotor digunakan.


Aku ketika itu apabila mendengar sahaja tentang ini, merasa sangat teruja. Mungkin darah muda, darah baru nak mendidih orang kata. Tetapi dalam perasaan teruja itu, tak terlintas langsung dalam pemikiran aku untuk mengikuti perhimpuan ini. Mungkin otak ini dah di'brainwash'kan oleh sesiapa.  Mana tahu kan. Nak dijadikan cerita, malam sebelum Bersih 2.0 itu, aku telah ke Kuala Lumpur, Pekeliling untuk menemankan kawan ku untuk mengambil kakak beliau yang sarat mengandung yang sampai daripada Pahang (kalau tak silap aku).

Pada pemerhatian aku malam itu, suasana Kuala Lumpur tidak seperti sebuah bandaraya utama di Malaysia. Ianya lebih teruk daripada bandar-bandar cowboy yang kecil di sekitar negara Malaysia. Malahan, aku sendiri nampak dengan mata aku sendiri, pihak-pihak FRU telah mula memasuki bandar Kuala Lumpur pada malam itu juga. Tak pasti mereka semua daripda luar ataupun memang berasal dari Kuala Lumpur.

Abang-abang FRU


Aku suka tengok gaya FRU berkawad (haha...itu bukan point aku). Tetapi apakah kesan daripada Bersih2.0 ini? Pada aku, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Najib Tun Razak, telah melakukan kesilapan yang besar apabila beliau tidak memberi permit kepada pihak Bersih2.0 dengan pelbagai alasan. Yang menjadi persoalan kepada diri aku sehingga kini, kenapa Barisan Nasional sendiri tidak mengikuti perhimpunan Bersih2.0 ini walaupun telah dijemput oleh Pengerusi Bersih2.0 iaitu Ambiga Sreenevasan berulang kali. Aku sendiri mampu berfikir mengatakan Bersih2.0 ini bukanlah sebuah perhimpunan politik tetapi adalah perhimpunan bagi membersihkan pilihan raya di Malaysia ini sahaja.

"Fikirlah dahulu!" kata Dato' Seri Najib Tun Razak

"Apa ini? Ya, 1?Malaysia!1?Malaysia!1MALAYSIA!!" jerit beliau.
Dan beliau telah melakukan kesilapan yang sama pada tahun ini bersamaan 28 April 2012 di mana perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung. Walaupun pada mulanya kerajaan telah meluluskan perhimpunan ini, namun seperti biasa kali ini, DBKL pula yang menutup Dataran Merdeka dan mendapat perintah mahkamah yang mengatakan Dataran Merdeka adalah kawasan larangan selama 3 hari bermula jumaat sehari sebelum perhimpunan itu berlangsung sehingga ahad sehari selepas perhimpunan itu berlangsung.

Pada kali ini, tuntutan Bersih 3.0 masih sama seperti perhimpunan Bersih 2.0 dan pada kali ini mereka lebih kepada duduk dan bantah. Cuma mereka mestilah berarak daripada satu tempat ke arah Dataran Merdeka. Walaupun Dataran Merdeka ditutup dan dilarang oleh pihak polis untuk dimasuki tetapi ada juga yang manusia bodoh cuba mencerobohi Dataran Merdeka itu.

Polis mula bertindak ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang lain atas kebodohan manusia-manusia yang menceroboh Dataran Merdeka. Di sini boleh kita nampak apa masalah polis, yang buat kesilapan ialah manusia bodoh yang menceroboh Dataran Merdeka, tetapi kenapa yang diserang KESEMUA peserta Bersih 3.0. Tangkap jela manusia yang menceroboh itu.

Aku cuba mencari gambar manusia yang menceroboh Dataran Merdeka ketika itu tetapi gagal.

This the man, i'm so proud of him


boleh tengok kat video di atas ada seorang mamat yang dengan sengaja menyepak gas pemedih mata ke arah Mr.Strawhat. Mana-mana manusia biasa pun akan marah kalau dengan sengaja diperlakukan seperti itu. Jadi, kenapa dia buat macam itu? Kita ada akal yang dikurnikan oleh tuhan boleh berfikir dengan sendiri tanpa orang lain beritahu kecuali kita telah mensetkan minda untuk tidak berfikir dalam hal-hal seperti ini.

Apakah kesan daripada perhimpuan Bersih 2.0 dan perhimpunan duduk dan bantah Bersih 3.0? Buat masa ini (ketika aku menulis), pilihan raya masih belum berlangsung ataupun belum ada hint oleh perdana menteri Malaysia bila ianya akan berlangsung. Apa yang boleh kita lihat ialah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Konklusinya apa yang boleh aku lihat daripada peristiwa ini, pihak pembangkang di Malaysia telah menggunakan Bersih ini dengan terlalu baik sehingga pihak-pihak penyokong Barisan Nasional menganggap Bersih ini adalah kerja pihak pembangkang. Ini ialah daripada pihak yang tidak berfikir. Barisan Nasional pula telah melakukan banyak kesilapan apabila menghadapai situasi seperti ini. Susah ke nak berikan apa yang RAKYAT minta walaupun jika ianya tidak mewakili keseluruhan rakyat negara Malaysia ini? Jangan guna media untuk menakut-nakutkan rakyat dan jangan mengadap rakyat masih bodoh seperti dahulu.

Semua di atas hanya pandangan peribadi aku, siapa tidak setuju, sila pergi mampus.

p/s : Makanlah mengikut masa.


















Tuesday, May 8, 2012

6. Cerita Pejabat Aku


Aku bekerja di sebuah syarikat ukur tanah swasta di Subang Jaya yang kini hampir memasuki 2 tahun. Pada mulanya aku diterima bekerja di situ sebagai pelukis pelan kerana mempunyai seorang sahabat baik yang mana dia bekerja terlebih dahulu di sini. Nama dia Aniq. Memandangkan aku telah mempunyai pengalaman bekerja hampir setahun ketika itu, gaji yang diterima agak memberansangkan pada diriku ini.


Di awal kemasukanku, syarikat tersebut mempunyai 7 orang staff yang bekerja di pejabat iaitu aku, Aniq, Fitri, K.Daphene, K.ina, Rose dan Visva yang mana tidak dikira Boss, Mr.Ngan, surveyor terdiri daripada A.Mi, A.Ibrahim dan Hwang, dan pekerja labour. Memang pada awalnya aku terasa sangat janggal tetapi seperti kebiasaannya lama-kelamaan ianya akan "OK" la. Pada ketika itu, sangat happy walaupun seringkali berselisih faham yang mana dapat diatasi dengan senang.


Namun pada hujung tahun 2011, bibit-bibit ketidak'happy'an berlaku dengan bermulanya kawan baikku, Aniq seperti memberi hint yang akan berhenti kerja. Mula-mula dia bergaduh dengan Rose tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan di sini pada masa ini. Nak dijadikan cerita, Aniq berhenti. Selepas beberapa bulan, Boss aku dapat mencari pengganti Aniq. Seorang perempuan yang mempunyai Ijazah Sains Geomatik lulusan UTM, Skudai. Kami semua berharap perempuan ini dapat memberi sinar baru dalam syarikat ini.


Malangnya, tuhan tidak memberi semua kepada umat-umatnya seperti yang diimpikan. Bermulalah mimpi ngeri kami semua. Kenapa aku katakan begitu? Dia sangatlah keras kepala dan susah untuk mengikuti peraturan yang ada dalam pejabat itu. Padanya, ianya sangatlah remeh untuk diikuti. Contohnya, ada sekali tu, dia dengan sesuka hati je keluar dari pejabat lalu ke pasar yang berdekatan membeli apa ntah tanpa memberitahu sesiapa dan persetujuan pihak atasan.

Baru-baru ini pula, dia dengan sesuka hari je lepas potong kuku, buang ke dalam pasu pokok kepunyaan orang lain. Manusia kata, sebelum melakukan sesuatu, lebih baik tanya dulu boleh atau tidak. Pokok tu? Dah makin layu dan dengar cerita dah mati pun. Kalaupun ianya berlaku secara kebetulan, orang tetap akan menyalahkan kau.

So, please stop do anything stupid ever and if you do anything stop, please stop deny anything when others accuse you doing it.

Secara jujurnya dalam hati ini, aku terlalu berharap yang dia dapat hilang daripada hidup akan dengan serta merta. Kini aku mempunyai satu lagi alasan untuk membenci datang ke office. Ianya adalah kerana perempuan sial itu.

Boleh guna ni tak?
p/s:  Jangan lupa cuci tangan sebelum makan.

Wednesday, May 2, 2012

04.Cerita Pasal Aku

Semenjak dua tiga menjak ni, aku suka membaca buku novel malaysia, walaupun dalam jumlah yang tidak terlalu banyak. Boleh dikatakan rekod pada diri aku kerana dalam sebulan wajib atleast satu buku aku beli.. Bukanlah nak jadi buku fags or what, tapi kalau korang betul-betul membaca buku, korang akan rasa seperti berada di dunia yang lain.
Buku yang pertama aku baca yang menjadikan pencetus untuk aku membaca dengan penuh berkala ni ialah buku 'SAYA PUN MELAYU' oleh Zaid Ibrahim bekas menteri dalam jabatan perdana menteri yang dipinjam dari seorang rakan baikku iaitu WANK. Walaupun buku mengisahkan kehidupan beliau ketika kecil sehingga dipecat oleh UMNO bukanlah sebuah novel, tetapi melalui buku ini, aku dapat merasai pahit manis kehidupan beliau.

Cover SAYA PUN MELAYU


Daripada buku ini, seterusnya aku mencuba sebuah novel terbitan FIXI iaitu 'PECAH' oleh Khairulnizam Bakeri dibeli semasa pesta buku di Shah Alam pada tahun 2011. Novel ini mengisahkan sekumpulan perompak yang merompak sebuah bank CIMB di bangunan umno, Shah Alam dan novel ini telah dijadikan sebuah filem yang tengah menunggu tarikh tayangannya.

Cover PECAH


Semenjak itu, aku mula merasakan membaca itu wajib dilakukan oleh diri aku ketika waktu lapang. Wajib bagi diri aku ketika berjalan-jalan di shoping mall untuk memasuki kedai-kedai buku seperti POPULAR, MPH, BORDERS atau yang lain-lain. Sehingga kini pelbagai jenis buku dan novel telah aku miliki semuanya bermula daripada SAYA PUN MELAYU dan PECAH.

Oleh itu, jikalau aku rajin, akan aku reviewkan buku dan novel yang telah dibaca walaupun ilmu di dada ni tak banyak mana pun.haha

p/s: Manusia hanya ingin mendengar apa yang ingin didengar, manusia hanya ini melihat apa yang ingin dilihat dan manusia hanya ingin percaya apa yang ingin dipercayai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...