Thursday, April 26, 2012

03. Siapa gerangan yang suka conteng-conteng ni?


Dilahirkan di Hospital USM, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 14 Oktober 1988. Kemudian dibawa ke Kuala Lumpur sebelum diserah kepada nenek di Kelantan untuk dijaga kerana mendapat adik baru pada 05 Oktober 1989. TInggal bersama nenek selama lebih kurang 2tahun sebelum kembali ke Kuala  Lumpur bersama keluarga. Mempunyai seorang abah, seorang mama yang disayangi bersama seorang abang, seorang kakak, dan 3 adik ( 2lelaki, 1perempuan).

Mendapat pendidikan seawal umur 6tahun di tadika Pasti al-Hidayah bersama adik lelaki pada tahun 1994. Kemudian meneruskan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Segambut (SKS) bermula dari tahun 1995 sehingga tahun 2000(Y2K?). ketika darjah 3, mencuba PTS yang mana jika berjaya akan melompat dari darjah 3 terus ke darjah 5 tapi malangnya gagal. meneruskan perjuangan di darjah 6 iaitu UPSR dan mendapat 4A 1B.

Pada tahun 2001, yakni umur 13tahun memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya (SEJAYA) sehingga 2005. keputusan PMR menunjukkan keputusan yang sangat tidak memuaskan iaitu 1A7B. Mengambil sains tidak berapa tulen di menengah atas dan mendapatkan keputusan yang sangat-sangat menghampakan di dalam SPM sehingga lupa..haha...

semasa menunggu keputusan SPM, bekerja di sebuah outlet 7-eleven manjalara selama 3bulan sebelum menyambung ke tingkatan 6 di Sekola Menengah Raja Ali (SEMERA) selama sebulan. meneruskan pengajian di peringkat diploma dengan mencuba nasib di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan bermula bulan 6 tahun 2006 sehingga bulan 5 tahun 2009. pada tahun 2006 ini juga, family telah mula berpindah ke Kota Bharu, Kelantan memandangkan abah yang telah bersama. Mama mula berpindah sebelum bulan puasa pada tahun itu, diikuti yang lain selepas adik laki habis SPM.

pada bulan 7 tahun 2009, mula bekerja di sebuah company freelance Survey Spectra yang mana bekerjasama dengan company yang tak berapa freelance Jurukur Kristal. Mendapat pelbagai pengalaman pahit dan manis ketika bekerja di sini namun hati manusia tidak pernah puas lalu membuat keputusan untuk meletak jawatan secara mengejut dan mula bekerja di Perunding Ukur KSN bermula 01 Jun 2010 sehingga kini sebagai Pelukis Pelan.

Masa depan aku?

p/s : aku berdoa semoga berjaya mendapat kehidupan yang berjaya kelak. Namun aku juga perlu berusaha dengan lebih lagi.

Saturday, April 14, 2012

2.Cerita Orang Malaysia

Ada apa dengan orang Malaysia?kalau perasan la kan, Orang Malaysia ni suka menyibuk pasal orang lain. Kalau ambil berat takpe, ni sibuk sebab nak mengutuk, memerli pastu mengumpat kat belakang-belakang. Sampai bila r kan nak jadi macam tu je?sedih betul aku tengok.Kenapa aku kata camtu?

Gini, awek aku selalu la cerita kat aku yang dia sedih. Sebab apa dia sedih?korang bayangkan la..sekarang dia tengah belajar..budak-budak yang dia belajar sekali macambusy body yang teramat-amat sangat. Kalau ambil berat takpe, ni siap kutuk kat belakang. DIorang rasa macam diorang bagus gila-gila r..aku tak tau nak kata pe la..Yang tak boleh blah tu, siap boleh racunkan kawan-kawan lain tu. Belajar je tinggi-tinggi tapi perangai lebih teruk daripada budak-budak tadika r korang ni.huhu

Yang nak jadi ceritanya lagi, siap pakwe kepada kawan baik awek aku ni boleh kata kat kawan baik awek aku, jangan kawan dengan awek aku sebabnya nak nampak baik depan kawan-kawan dia..sampai macam tu sekali tahap diorang racun kaw-kaw pailang punya kan.huhu..

Aku berharap r sangat-sangat orang Malaysia kalau nak ambil berat tu jangan la sampai lebih-lebih sangat.

p/s:Gila nak buat post baru punyala payah.haha

Wednesday, April 4, 2012

1. Pendahuluan

Nak dijadikan cerita kenapa aku buka blog ini sebabnya aku ada jumpa seorang kawan masa sekolah dulu. Aku cerita kat dia yang aku minat dalam bab penulisan ni, so dia suggest kat aku supaya buka blog try dulu tulis kat sini.

Aku pun buat la blog ini.. Macam bosan je ayat aku ni..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...